Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 23, 2014

MAS Disaman Pulak: Jatuh Tangga Kena Tersembam Ke Taik Ayam

Pelakon Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS

Pelakon Hanez Suraya dan teman lelakinya memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System Bhd (MAS) kerana mendakwa petugas syarikat penerbangan itu menyebarkan keratan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada bulan lepas.
    
Hanez Suraya, atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan writ saman itu melalui sistem e-Filing Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi firma guaman Tetuan Harjit Sandhu.
 

Dalam penyataan tuntutannya, pelakon yang memegang watak antagonis dalam drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu berkata pada 20 April lepas, beliau dan Romie menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas dari pintu G8 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dengan pesawat MH0788.
    
Hanez Suraya mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 yang memakai pakaian seragam defendan.
    
Beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, Hanez Suraya dan Romie dimaklumkan bahawa keratan tiket penerbangan mereka telahpun dimuat naik ke suatu akaun Facebook dikenali sebagai 'Kami Sokong Liyana Manan'.

Hanez Suraya berkata beliau dan teman lelakinya kemudian memeriksa akaun itu dan mendapati ada lebih 1,000 komen negatif berunsur cemuhan serta cacian terhadap mereka.
    
Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan MAS dan/atau petugasnya mendedahkan keratan tiket penerbangan berkenaan di laman sosial adalah tidak beretika serta melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.
    
Pelakon itu berkata beliau dan Romie, pada 21 April lepas, melalui peguam mereka menghantar surat, yang antara lain, meminta penjelasan defendan serta ganti rugi bagi perlanggaran APDP selain bertemu pegawai MAS bernama Puan Masitoh, Encik Muhammad Fauzi Mahayuddin serta Encik Nor Azuan Ismail pada 24 April, yang memaklumkan bahawa defendan memerlukan sedikit masa untuk menyiasat perkara berkenaan.
    
Pada 29 April lepas, plaintif mendakwa mereka menerima surat daripada pihak MAS meminta agar salinan tiket penerbangan itu diserah kepada defendan untuk tindakan lanjut dan permintaan itu dipenuhi hari berikutnya.
    
Pada 8 Mei lepas, pelakon itu dan teman lelakinya melalui peguam mereka menghantar surat kepada MAS memberi tempoh sehingga 12 Mei berhubung perkara berkenaan namun sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang jawapan.

Hanez Suraya dan Romie mendakwa akibat perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab pihak MAS, gambar keratan tiket penerbangan itu disebar secara meluas di laman sosial, blog serta akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi.
    
Sehubungan itu, plaintif menuntut gantirugi am, gantirugi teruk, gantirugi teladan untuk ditaksir oleh mahkamah, faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh saman difail sehingga penyelesaian penuh, kos dan perintah serta relif lain yang dianggap wajar.
    
Hanez Suraya, ketika ditemui pemberita, berkata tindakan saman diambil kerana penyebaran keratan tiket penerbangan itu mengganggu pergerakan hariannya.
    
"Ini soal privasi dan keselamatan saya," katanya.
    
Beliau ditemani peguam Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana Abdul Rahman.    
    
Harjit pula berkata writ saman akan diserah kepada MAS selewat-lewatnya hari ini. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa