Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 30, 2014

Apa Nak Jadi Ni? Lelaki tumbuk dua petugas wanita DAP

mk - 7:00PM - 30 May 2014
TELUK INTAN Dua petugas wanita DAP mendakwa ditumbuk dan ditampar seorang lelaki yang cuba menghalang mereka daripada memasang kain rentang kempen petang tadi.

Leong Pooi Wan dan Bavani Veraiah mendakwa kejadian itu berlaku
selepas mereka didatangi lelaki itu yang mereka kenalpasti sebagai seorang ahli MIC tempatan pada sekitar jam 3 petang beserta dua lagi lelaki lain di simpang tiga Jalan Sekolah.
Menurut Bavani, lelaki berkenaan pada mulanya menghamburkan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil terhadapnya.

Menyedari tindakannya dirakam Pooi Wan menggunakan telefon, lelaki itu menampar telefon yang dipegangnya sehingga ia terkena muka Pooi Wan dan telefon itu retak apabila jatuh ke atas jalan raya.

Selepas itu, Bavani pula ditumbuk di bahagian pipi kirinya apabila dia cuba menghubungi rakan-rakannya lain dari DAP untuk mendapat bantuan.

Mereka berdua membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Hilir Perak pada jam 4.16 petang dan juga merakamkan video pendek mengenai kejadian itu sebelum Leong ditampar.

Lelaki dalam rakaman itu kemudian dicam seorang anggota DAP tempatan yang turut hadir pada sidang media tadi sebagai seorang ahli MIC.

3 comments:

  1. Rencah politik harini amat tidak sihat. Mula dengan menampar, kemudian tumbuk menumbuk lama-lama berbunuh pula hanya semata-mata mencari kebenaran yang sesat dalam fahaman politik. Akhirnya jadi azab buat semua umat. Apa yang dapat hanyalah kemusnahan. Perbuatan bodoh tak besempadan !

    ReplyDelete
  2. Umno bn mic party samseng melayu india keling paria

    ReplyDelete
  3. masih kah ingat ar samad gol adalah
    mangsa politik yang hilang pertimbangan dosa dan pahala

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa