Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 22, 2014

DAP mahu raih kepercayaan Melayu: Salahkah?

Bukankah semua parti politik ingin maraih kepercayaan rakyat?
Mereka berkempen dan menjanjikan yang muluk-muluk untuk apa?
Mereka menabur janji dan rela buat apa saja untuk meraih kepercayaan rakyat dan menang pilihanraya bukan?
Janganlah seorang Profesor memberikan komen bertaraf apa ek?
Profesor pun dok ulang tayang cakap pemimpin UMNO gak?
Memang sepatutnya DAP bukan hanya untuk kaum Cina saja bukan macam UMNO hanya untuk Melayu bertaraf pak turut saja!

DAP mahu raih kepercayaan Melayu, kata penganalis
May 22, 2014
Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata DAP berbuat demikian agar pengundi Melayu terutamanya tidak lagi melihat DAP sebagai parti kaum Cina.
DAP ElectionKUALA LUMPUR: Tindakan DAP meletakkan calon Melayu bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan antara lain bertujuan meraih kepercayaan orang Melayu, sekali gus mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu terhadap mereka.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata DAP berbuat demikian agar pengundi Melayu terutamanya tidak lagi melihat DAP sebagai parti kaum Cina.
“DAP cuba menggambarkan bahawa mereka membuang imej parti yang dianggap sebagai parti kaum Cina dengan meletakkan calon Melayu di kawasan Parlimen yang majoritinya kaum Cina. Namun begitu, jika diteliti kepimpinan tertinggi DAP sebenarnya masih didominasi oleh kaum tersebut.
“Selain itu kepimpinan DAP mungkin melihat dengan meletakkan calon Melayu ia mampu mengurangkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP kerana begitu lantang menentang pelaksanaan hukum hudud,” katanya kepada Bernama.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
DAP sasar pengundi muda Melayu
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berpendapat DAP sanggup memberikan Dyana Sofya peluang menjadi calon bagi memasarkan DAP kepada pengundi muda Melayu.
Bukan sahaja cuba menarik sokongan belia Melayu kepada parti itu, pemilihan Dyana Sofya boleh dilihat sebagai percubaan untuk mempersiapkan DAP dan mengelakkan peristiwa yang berlaku terhadap parti itu di Perak sebelum ini tidak berulang.
“Sebelum ini DAP menang banyak kerusi DUN Perak, melebihi PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum 2008, namun mereka tidak dapat meletakkan pemimpin mereka sebagai Menteri Besar kerana ketiadaan pemimpin Melayu dalam DAP.
“Perak menjadi pilihan DAP menempatkan calon Melayu yang liberal dengan harapan ia akan menjadi negeri kedua selepas Pulau Pinang di mana Menteri Besarnya orang Melayu daripada DAP,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Martadha berkata BN, terutamanya Umno, hendaklah melihat fenomena Dyana Sofya sebagai satu anjakan untuk memberi peluang kepada generasi muda sebagai calon bertanding pilihan raya.
“Parti pembangkang seperti PAS, PKR, dan DAP telah mendahului BN daripada segi meletakkan calon-calon muda dalam pilihan raya. BN wajar melihat peletakkan calon muda dalam pilihan raya sebagai satu anjakan positif dan perlu dicontohi.
“Ini kerana golongan muda akan membentuk lebih daripada 50 peratus pengundi. BN dan Umno khususnya perlu berfikiran terbuka dalam mewujudkan gabungan calon muda dan calon veteran agar generasi muda lebih tertarik dan berminat terhadap
Umno dan BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa