Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 27, 2014

Tindakan Celaka Atau Biol?

Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.

Menteri manakah yang sebegini biol?
Adakah 120 keping cek post dated itu pasti laku/ada duit sepanjang masa 10 tahun?
Kalau cek ditendang, adakah menteri ini sanggup bayar bagi pihak siberhutang?

Saya Boleh Terima Hakikat Jika Tidak Diperlukan Lagi - Sabbaruddin Chik
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: "Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya tidak diperlukan lagi," kata Tan Sri Sabbaruddin Chik merujuk keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
Beliau juga mendakwa keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bagi penggal ketiga dibuat secara tidak beretika dan mengikut emosi kerana tiada sebarang perbincangan atau notis awal.
Lebih dikesalinya apabila dakwanya ada campur tangan menteri dalam isu kontrak perkhidmatannya yang tamat pada 8 April lalu di mana bank berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kementerian itu.
Malah Sabbaruddin berkata, hingga kini beliau tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa khidmatnya sebagai pengerusi di bank itu tidak akan disambung semula.
"Cara ini tak betul. Kenapa lakukan begini kepada saya? Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi...tapi buatlah dengan cara yang betul.
"Tindakan ini sangat memalukan. Apa salahnya maklumkan lebih awal kepada saya jika mereka sudah tidak mahu saya lagi," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Sabbaruddin, beliau percaya tindakan untuk tidak menyambung khidmatnya mempunyai hubung kait dengan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap permohonan seorang usahawan untuk membayar pinjaman bernilai RM40 juta tanpa faedah.
Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.
"Saya yakin beliau marah sebab lembaga pengarah tolak permohonan itu, tapi beliau harus ingat keputusan itu bukan dibuat oleh saya seorang...tapi pihak lembaga," katanya.
Ekoran itu Sabbaruddin yakin beliau menjadi mangsa terhadap keputusan bertentangan antara lembaga pengarah bank berkenaan dan menteri itu.
"Khidmat saya sepatutnya disambung lagi kerana surat penyambungan kontrak sudah pun ada di Bank Negara untuk persetujuan sebelum disahkan menteri.
"Kalau dari awal mereka tidak mahu sambung, mengapa nama saya dihantar ke Bank Negara," soal beliau.
Ditanya sama ada Bank Rakyat kini sudah mempunyai pengerusi baharu selepas kontraknya tamat, Sabbaruddin berkata: "Saya tidak pasti...mungkin ada, tapi setakat yang saya tahu belum ada.
"Malah barang-barang saya juga masih ada di pejabat, belum ambil lagi," katanya.

3 comments:

  1. Hehehe nasib laa. Dah mmg perangai suku sakat umno mcm tu. Kalau tak puas hati boleh keluar parti. Tapi toksah dok mengada join PR.

    ReplyDelete
  2. Duit punya fasal, member sanggup bunuh member hanya berlaku dlm UMNO. Pinjam PTPTN sebanyak sekitar 50k pun dikenakan faedah, kalau tak bayar balik macam2 tindakan diambil. Yg ni pula pinjaman puluhan juta tanpa faedah serta tidak terjamin akan dibayar semula.

    ReplyDelete
  3. Pengerusi baru bole letak dol deepak karpet.syarat mesti potong kulup punai dulu.lepas tu nak jadi CELAKA pun hasan malek tak kisah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa