Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 29, 2014

Hari Menteri Lari Dari Wartawan: Di Teluk Intan Mad Maslan Dan Di KL Hasan Malik

Baru dua tiga hari jadi menteri dah pandai subahat songlap duit rakyat!

Skandal pinjaman Bank Rakyat RM32 juta: Menteri elak wartawan
MI -MAY 29, 2014
LATEST UPDATE: MAY 29, 2014 12:40 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek enggan bertemu media untuk menjawab soalan berhubung kontroversi kelulusan pinjaman Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.

Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu.
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain.
Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau memberitahu: "Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan semula."
Hasan dituduh campur tangan dalam pinjaman RM32 juta yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada peniaga permaidani, Deepak Jaishikin, yang mempunyai kaitan politik, mengarahkan bank berkenaan memberikan pinjaman itu tanpa dikenakan bayaran faedah.
Peniaga permaidani, Deepak Jaishikin yang didakwa meminta bantuan menteri untuk pinjaman Bank Rakyat.Peniaga permaidani, Deepak Jaishikin yang didakwa meminta bantuan menteri untuk pinjaman Bank Rakyat.Bekas pengerusi bank itu, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang mendedahkan skandal itu, memberitahu The Malaysian Insider Deepak menggunakan kenalan politik untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM32 juta tanpa faedah menerusi campur tangan Hasan.
Dalam laporan The Malaysian Insider pada Isnin, Sabbaruddin mendakwa khidmatnya sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara-gara permohonan pinjaman dibuat oleh Deepak yang dikaitkan dengan Putrajaya.
Deepak meminta bantuan Hasan, yang dikatakan memberitahu bank:”Saya boleh pecat kamu semua.”
Peniaga permaidani itu menawarkan 120 keping cek "post dated" untuk ditunaikan oleh bank bagi tempoh bayaran balik pinjaman selama 10 tahun tanpa faedah.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman berkenaan.
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi besar," kata Sabaruddin.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
“Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.
Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu. – 29 Mei, 2014.

3 comments:

  1. yahudi sesama depa buat pinjaman tak kena bunga dengan puak lain mesti kena

    ReplyDelete
  2. I'm pretty pleased to uncover this page. I need to to thank
    you for your time for this fantastic read!! I definitely liked every part
    plenty of fish dating site of free dating it and i also have you saved as a favorite to
    see new information in your blog.

    ReplyDelete
  3. Have you ever considered creating an ebook or guest authoring on other websites?
    I have a blog based upon on the same ideas you discuss and
    would love to have you share some stories/information. I know my viewers would enjoy your work.
    If you're even remotely interested, feel plenty of fish dating site of free dating to shoot me an email.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa