Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
PETALING JAYA: Golongan muda diminta supaya tidak cepat melatah, gentar atau tercabar apabila melihat DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud yang masih muda untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri Umno menolak semua perasaan negatif itu, sebaliknya lebih suka melihat pencalonannya sebagai satu persaingan sihat.
Beliau berkata, walaupun BN meletakkan Datuk Mah Siew Kong sebagai calon PRK Teluk Intan kali ini, mempertaruhkan muka baharu dan muda dalam pilihan raya bukan perkara baharu dalam BN.
"Orang muda jangan panik tengok DAP letak calon wanita muda.
"DAP begitu bangga dengan calon muda mereka kali ini. Memang dia (Dyana) cantik, kita pun bangga tetapi sebenarnya Umno sudah lebih 13 tahun dulu dah bagi peluang orang muda bertanding," katanya selepas hadir melancarkan Bazaar Bayahista di Kota Damansara, di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Masjid Tanah ini tidak memandang rendah keupayaan Dyana dan menyifatkan potensi dan peluangnya untuk menang adalah 50-50.
"Kita tidak gentar dan melatah. Dia (Dyana) baharu jadi calon, tak menang lagi...tetapi dia ada potensi 50-50 untuk menang.
"Sebab itu saya minta jentera parti tingkatkan gerak kerja dan tidak ambil mudah, setiap ahli harus mainkan peranan," ujarnya.
Ditanya sama ada pencalonan Dyana akan memberikan kesan kepada sayap parti itu yang telah lama berjuang mendapatkan 30 peratus kuota kerusi dalam parti, beliau menolak dakwaan tersebut.
"Memang Puteri sedang minta kuota 30 peratus daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam pun saya masih menyatakan perkara sama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tetapi ia tidak memberikan kesan terhadap peranan kita. Puteri tetap turun padang berkempen dan mencari peluang bertemu dengan pengundi muda untuk memastikan kemenangan BN," katanya.
Jelasnya, bagi PRK Teluk Intan, Puteri menggerakkan jenteranya yang terdiri daripada 800 ahli.
Jadi pecacai je korang, yg tua renta tu kau ingat senang nak bagi chance, sorry...
ReplyDeleteCerdik apa benda kalau tak minta dicalonkan di Tasik Gelugor itu hari.
ReplyDeletePeluang 50/50?
ReplyDeleteKita lihat dari segi rekod cemerlang calon -
Cik Dyana Sofya - 0 (Calon Baru)
Dato Greakan - 2 (dua kali tewas)
Fikir kan lah...
1. knp dia tewas 2 PRU?
2. gerakan adalah parti dlm komponen BN.. tak kan BN tak bantu? hulur2 ka?
3. Now candidate stand alone, kita tgk nanti lepas pengiraan undi.. ada tak muka muhyidin, najib, KJ Maslan down syndrome dll menteri dan bukan menteri penyokong UMNO..entah2 semua lesap. Yg dok cakap nanti, dapat kurangkan majoriti dan menang dari segi tu.
4. SPR tolak borang 14 calon DAP. adakah ini satu kosnpirasi?
spt kita tahu BN akan buat apa sj. bukan utk menang tp utk jaga maruah...
5. sy ramal.. BN/Gerakan akan KALAH
Wanita2 muda dalam umno cuma boleh berangan2 dijadikan calon sehingga lembu2 NFC yang duduk dikondo2 tu pandai bawa kereta2 porse.
ReplyDelete