Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 31, 2014

Misteri MH370: Teori Yang Munasabah

Misteri MH370 : Kospirasi Beghol
Setahun yang lalu, Tentera Laut AS telah mencipta sejarah, apabila melancarkan ujian paling sempurna ke atas pesawat pejuang mereka dengan mengaplikasi teknologi drone tercanggih milik tentera AS. Dari atas kapal perang USS George H. W. Bush - mereka telah menerbangkan sebuah X-47B - sebuah pesawat tempur terkini milik Tentera Laut AS dengan menggunakan remote kawalan jauh bagi meninjau kemajuan sistem peperangan udara generasi baharu yang dikenali sebagai Unmanned Combat Air System (Sistem Pertempuran Udara Tanpa Pemandu)

X-47B yang diterbangkan tanpa pemandu itu telah dikawal sepenuhnya oleh pengendali misi dari atas kapal USS George H.W Bush yang berada di lokasi luar pantai Virginia.Pesawat tempur tersebut berjaya terbang di seluruh Teluk Chesapeake sebelum kembali mendarat ke Pangkalan Tentera Laut AS di  pinggir Sungai Patuxent. X-47B bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan ia bergerak dengan sangat pantas dan senyap, serta  akan muncul secara mengejut di kawasan sasaran musuh. Ia ibarat sebuah pesawat tempur berciri halimunan yang mampu terbang berjam-jam tanpa henti dengan paras ketinggian yang mengagumkan. Di sebalik segala kisah kejayaan tentera AS dalam pembangunan teknologi drone, rupa-rupanya tanpa sesiapa menyedari, Israel telah pun mengisytiharkan kejayaannya mencipta pesawat tempur halimunan yang jauh lebih canggih daripada AS - pesawat yang tidak hanya dapat dikesan oleh rada dan satelit, bahkan ia secara fizikalnya juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. AS nampaknya masih jauh ketinggalan.

Utusan Malaysia 12 Mac melaporkan, sebuah laman web yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com mendakwa, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar.Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh. Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS. “

Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektro­nik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, AS, menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan. “Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera, jelas laporan tersebut. Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.


Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera. Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar, jelas portal berita itu.  Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’. Pakar tentera AS mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.

Di sisi lain, sejak tahun 2012 lagi, China sudah pun melakukan ujian demi ujian  terhadap pesawat tempur halimunannya - Chengdu J-31 yang dikatakan semakin matang dan mendapat bantuan tidak langsung daripada Israel, sekali gus membuktikan bahawa China sudah pun menguasai sepenuhnya teknologi halimunan (Stealth technology) yang menjadi kebanggaan AS selama ini. Bahkan, tidak mustahil, pada waktu kini, pesawat J-31 sudah pun mencapai tahap teknologi drone yang mampu dikawal dari jarak jauh. 

Semua cerita ini menggambarkan kepada kita bahawa - hanya Israel, AS, China dan Rusia sahaja yang benar-benar telah menguasai teknologi halimunan dan drone - maka, apakah kita bersalah untuk berasa sangsi bahawa negara-negara ini mungkin terlibat secara langsung atau setidak-tidaknya mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku ke atas MH370? Malah, bukankah sebahagian besar daripada 7,000 satelit yang berselerak di angkasa merupakan kepunyaan keempat-empat buah negara tersebut, tetapi aneh, tidak ada satu satelit pun yang mampu menerangkan secara konkrit di manakah lokasi sebenar MH370.

Seperti mana yang dijelaskan oleh Ravi Madavaram seorang Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan dari syarikat Sullivan Asia Pacific, bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan MH370 hilang dan terhempas begitu sahaja, sebaliknya terdapat gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku di dalam pesawat MH370. Manakala kami pula cenderung menyakini bahawa - teknologi, konspirasi dan rampasan pesawat - sebagai elemen gabungan  yang telah melenyapkan MH370 bagi mencapai agenda tertentu dan  menghapuskan "bukti" yang mungkin berada di dalam pesawat tersebut.


"Rampasan palsu" mungkin telah dirancang lebih awal bagi mewujudkan suasana panik di dalam pesawat MH370 - para perampas yang telah diberi upah ini sama sekali tidak mengetahui bahawa mereka hanyalah sebagai alat dan kambing hitam, bagi menghalalkan tindakan untuk mengaktifkan teknologi drone yang telah lama dipasang di muncung pesawat Boeing MH370. Apabila unsur rampas sudah "dihidu" berlaku di dalam pesawat - sistem teknologi drone akan bertindak balas secara automatik dan menghantar isyarat kecemasan ke ibu pejabat Boeing dan Pentagon bagi mengaktifkan sistem pesawat kawalan jauh (RPA).

Teknologi drone, apabila diaktifkan ia membawa bermaksud bahawa semua sistem komunikasi di dalam pesawat akan dimatikan secara berperingkat melalui pusat kawalan jauh bagi menghalang sebarang cubaan perampas daripada berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan sebarang bantuan. Maka, mungkin sebab itulah - kita dapati semua sistem komunikasi di dalam MH370 telah dimatikan dengan "sengaja" dan secara berperingkat iaitu bermula pada jam 1.07pagi diikuti pada pukul 1.21 pagi. Ia sebenarnya bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, sebaliknya ia mungkin telah dilakukan oleh sistem kawalan jauh.

MH370 telah "dilarikan" jauh ke Lautan Hindi untuk dimusnahkan kerana ia disyaki telah dirampas oleh sekumpulan pengganas. MH370 berkemungkinan besar telah diletupkan oleh peluru berpandu sehingga tidak berupaya menghantar apa-apa isyarat. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pesawat komersial mempunyai alat pengesan Emergency Locator Transmitters (ELT) yang akan diaktif secara automatik apabila pesawat terhempas, namun demikian bagaimana jika MH370 sebenarnya tidak terhempas sebaliknya ia telah meletup terlebih dahulu di udara? 

Harapan yang tinggal hanya kepada kotak hitam atau dipanggil sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang mula menghantar isyarat sebaik sahaja ia tersentuh air, hayat kotak hitam hanya mampu bertahan selama 30 hari - dan tempoh tersebut sudah lama berakhir. Kini, satu-satunya harapan yang tinggal adalah mencari dan menemui serpihan atau bangkai pesawat MH370. Tetapi, menurut Saintis David Mearns, adalah mustahil untuk menemui bangkai MH370 setelah begitu lama masa berlalu. Bahkan beliau juga turut meramalkan bahawa kotak hitam yang dicari juga tidak akan dijumpai sampai bila-bila.  - Azli Shukri   

1 comment:

  1. I visited multiple blogs except the audio feature for audio songs existing at this plenty of fish dating site of free dating is actually marvelous.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa