Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 31, 2014

Generasi Parah: Siang ahli Umno Baru, malam Mat Rempit

Siang ahli Umno Baru, malam Mat Rempit
Mariam Mokhtar10:00AM Mei 31 2014
SUARA LANTANG: Motif sebenar untuk keganasan berterusan yang dirancang oleh Umno Baru kebiasaannya tersembunyi.
Kebanyakan dari kita telah dipanggil lebih buruk daripada "celaka". Walau bagaimana marah pun kita mungkin rasa, kita tidak berkelakuan seperti samseng, mahu menuntut bela, dengan niat merosakkan harta di Kuala Lumpur dan Kuantan, kita tidak juga melemahkan demokrasi rapuh kita dengan menyerbu bangunan DUN Pulau Pinang.
Jika anda tergolong dalam Umno Baru, anda boleh melanggar undang-undang dan terlepas dari hukuman. Jika Umno Baru telah dilabelkan sebagai "nakal" dan bukannya "celaka", mereka masih akan melakukan tindak balas yang sama.
Berita yang menunjukkan ketua Pemuda Umno Baru Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii yang mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan mendedahkan ini dengan ketara. Beliau mengeluarkan ancaman dan menuding jarinya apabila menghadapi seorang wakil DAP dan berkata; "Saya memberi amaran kepada anda. Jika anda menghina parti dan bangsa kami sekali lagi, kami akan membakar bangunan ini. Bangunan ini, yang telah menghasilkan banyak orang bersifat perkauman." Di sekelilingnya, ada yang melaungkan "Bakar" dan "Bunuh mereka". 
Bagi pemerhati biasa, Razlan adalah pembuli klasik. Wajah Umno Baru. Produk Ketuanan Melayu. Beberapa anggota polis yang hadir kelihatan benar-benar tidak berkuasa.
Akhirnya, semua orang dapt melihat sendiri bagaimana Ketuanan Melayu berfungsi! Ramai orang Melayu biasa enggan diberitahu bahawa Umno Baru mewakili mereka. Ini juga merupakan wajah Islam Umno Baru, yang bertujuan untuk memusnahkan harta dan mewujudkan huru-hara.
Adakah Umno Baru mengharapkan orang Melayu kebanyakan bangga dengan Razlan yang ibarat samseng dan gerombolannya? Ia semua bergantung kepada sudut pandangan mereka. Segelintir akan menganggap bahawa Razlan adalah pejuang; mempertahankan parti dan bangsanya. Orang waras menganggap bahawa Razlan hanya samseng yang mencari perhatian.
Razlan menggunakan kemarahannya untuk menakut-nakutkan. Ini adalah bagaimana Umno Baru mengajarnya untuk bertindak; untuk merebut apa yang dia mahu, untuk menjadi sekasar yang mungkin kerana dia Melayu, dan oleh itu, dia berhak berkelakuan agresif.
Razlan dan ahli-ahli Pemuda Umno Baru mungkin tidak tahu bagaimana untuk melibatkan pihak lain melalui wacana bijak. Mereka tidak tahu bagaimana untuk berkompromi. Mereka tidak sensitif dengan keperluan orang lain. Ahli-ahli Umno Baru hanya memahami bahasa pembuli. 
Sebuah analogi yang boleh digunakan adalah seorang anak yang melihat ayahnya memukul ibunya, dan apabila dia membesar, hanya tahu berkomunikasi dengan tangannya. Oleh yang demikian, dia melayan isterinya sama seperti bapanya melayan ibunya. 
Yang lucunya, percubaan Razlan untuk membuktikan bahawa Umno Baru bukan sebuah parti yang ganas mahupun bersifat perkauman bergantung kepada janji keganasan dan ancaman. 
Januari lalu, dalam sebuah demonstrasi Umno Baru, pemimpinnya mengibarkan sepanduk yang bertulis, "Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 berlaku ... Nak lagi?"
Perbuatan provokasi ini baru-baru ini dikutuk oleh ADUN Seri Delima parti DAP, RSN Rayer yang menyifatkan penunjuk perasaan ini sebagai "Umno celaka". Sebagai tindak balas, Umno Baru menunjukkan penghinaan mereka terhadap DUN dan menyerbu Dewan Undangan Pulau Pinang, menuntut untuk berjumpa Rayer. Di Kuala Lumpur, Razlan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP. 
Perbuatan ini menunjukkan demokrasi "gaya Umno Baru". Orang Melayu biasa yang menyaksikan atau membaca tentang kejadian ini telah menjauhkan diri mereka dari samseng "Umno Baru". Berikut adalah maklum balas daripada beberapa orang Melayu. 
Seorang profesional IT dalam lingkungan tiga puluhan yang bekerja di KL berkata, "Adakah anda pasti Razlan adalah seorang pemimpin belia? Menjeritkan perintah, meracau, menjerit, dengan kecenderungan untuk meletup disebabkan provokasi yang sedikit. Dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan." 
Seorang suri rumah Melayu pertengahan umur berkata, "Mat Rempit di malam hari; tetapi ahli politik 'samseng' Umno Baru di siang hari." 
Seorang akauntan yang telah bekerja dengan sebuah syarikat multinasional asing selama 30 tahun memberikan penilaian yang suram, "Anda boleh ucap selamat tinggal kepada pelaburan asing dengan adanya orang-orang seperti Razlan." 
Reaksi Umno Baru adalah ketakutan. Samseng Umno Baru tidak membalas kenyataan "celaka". Mereka hanya menggunakan perkataan yang menghina itu untuk menipu rakyat. Mereka mewujudkan suasana ketakutan, bagi memanipulasi dan mengawal orang ramai. 
Rasa tidak selamat Umno Baru adalah disebabkan Dyana Sofya Mohd Daud, muka baru Malaysia yang berbilang kaum. Dengan Dyana dalam DAP, parti itu akan kelihatan lebih menarik kepada belia Malaysia, yang kebanyakannya bercita-cita untuk menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dan bukannya berpandangan sempit dan konservatif seperti Umno Baru. 
Walaupun faktor Dyana adalah kritikal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah gagal untuk memahami bahawa terdapatnya kuasa-kuasa yang sedang melemahkan pemerintahannya bagi mengeluarkannya. Negara sedang memerhatikan telatah Pemuda Umno Baru, tetapi jika keadaan tidak terkawal, rakyat dan Najib yang akan rugi.
Sebuah lagi perkara melucukan ialah Umno Baru adalah ancaman terbesar kepada negara ini. Ia adalah musuh dalam selimut. Dalam musuh inilah terletaknya ancaman terbesar kepada Najib. 
Empat puluh lima tahun yang lalu, ahli-ahli politik di luar kawalan merancang rusuhan kaum yang menandakan berakhirnya demokrasi di Malaysia. 
Apa yang kita lakukan, kita akan terima di lain hari. Hari ini, Najib akan merasai ubat yang sama kecuali beliau memimpin dan menghentikan samseng Umno Baru beliau. Ini semua bergantung kepada legasi yang Najib mahu tinggalkan.
Mariam Mokhtar adalah seorang rakyat Malaysia yang berani bercakap benar.

4 comments:

  1. hanya beberapa ringgit macai kangkung pengkhianat bangsa ini boleh buat apa saja kerana undang-undang ada dibelakang mereka ? ABU !

    ReplyDelete
  2. berani bercakap benar bab dunya ok tapi bab Islam jangan cuba nak tunjuk pandai cakap hanya dengan akai semata mata.awas.

    balik pada isu omno baru ni pulak memang tak ada hujah yang berfaedah untuk mereka berhadapan dengan pesaingnya.

    modai lama 13 5 apa untongnya pada melayu kalau jadi.ini tidak nampak apa pun .abuk pun tarak

    ada kg baru pun dah sibuk nak bagi kat orang lain apa hal
    dengan alasan nak maju lama lama tanah tu jadi milik orang lain

    ReplyDelete
  3. Hello friends, how is everything, and what you wish for to say on the
    topic of this post, in my view its truly remarkable in support plenty Of fish dating site Of free dating me.

    ReplyDelete
  4. Hi there! Would you mind if I share your blog with my zynga group?
    There's a lot plenty of fish dating site of free dating folks that I think would really appreciate your content.

    Please let me know. Cheers

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa