Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 24, 2014

Shahidan Tunjuk Ketidak Cerdikannya Lagi!

Amat malang seorang Menteri dan bekas MB gagal menilai dan melihat antara Kerajaan/Rakyat dan parti
Lagi pun kecabulan mulut ADUN DAP itu berlaku di dalam DUN
Takkan Shahidan Tak faham?

Dulu MP jadi beruk dalam Parlimen pun tak ada pun sesiapa di luar mengamuk sebab kita tahu itu adalah Parlimen yang budak-budak pun faham tempat yang mulia tetapi ramai MP kembali jadi kanak-kanak!

Di masa Penyokong UMNO menuduh PAS sesat tak ada pun PAS kepoh dan ambil pot
Di masa DAP di gekar PIG oleh Penyokong UMNO, tak ada pun DAP kecoh
Sebabnya PAS dan DAP faham itu adalah tuduhan dan tohmahan sebuah parti terhadap sebuah parti lain yang berlawanan ideologi sahaja bukannya keseluruhan orang Islam atau keseluruhan kaum Cina

Aku pun tidak suka dan tidak sokong Wakil Rakyat bermulut cabul dan celupar
Tapi tindak balas yang melampau dan kurang ajar juga aku benci!

Rayer nikmati kekebalan, mengapa minta didakwa kerana menghasut, soal peguam
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 23, 2014
Sekumpulan peguam sepakat menentang gesaan Datuk Seri Shahidan Kassim agar Peguam Negara mendakwa seorang wakil DAP terhadap kata-kata kontroversi “Umno celaka” di bawah Akta Hasutan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal minggu ini.
Mereka berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer menikmati imuniti kerana beliau tidak mempersoalkan hak Raja-Raja Melayu dan orang Melayu atau menggalakkan perasaan permusuhan di kalangan antara kaum yang berbeza.
Para peguam mempersoalkan mengapa Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri, mengheret Tan Sri Abdul Gani Patail ke dalam perdebatan ini kerana kenyataan Rayer disasarkan kepada Umno, sebuah parti politik yang tidak mewakili orang Melayu semata-mata.
Malah, mereka mengingatkan Shahidan bahawa keahlian Umno di Sabah juga terdiri daripada Bumiputera pelbagai etnik.Mereka berkata, tiada hasutan kerana Umno bukan entiti khas yang dilindungi di bawah Akta Hasutan kerana ada juga orang Melayu yang merupakan ahli parti politik lain dalam gabungan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang.
Para peguam mengulas gesaan Shahidan kepada Gani untuk mendakwa Rayer kerana menggunakan perkataan menghina "Umno celaka" semasa persidangan pada Selasa.
Shahidan sebelum ini berkata kenyataan Rayer bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga penghinaan kepada orang Melayu amnya.
Peguam Syahredzan Johan (gambar) mempersoalkan mengapa Peguam Negara mesti masuk campur berkenaan hal peribadi mengenai kenyataan dibuat terhadap Umno.
Beliau berkata para pemimpin Umno boleh memilih cara aman untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap Rayer di dalam Dewan Undangan Negeri yang dikawal Barisan Nasional.
"Mereka boleh menggunakan media tradisional dan sosial untuk mempengaruhi orang ramai," kata beliau sambil menambah ahli Umno juga boleh berhimpun secara aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Rayer.
Shahredzan berkata beliau juga bingung dengan gesaan Shahidan kepada Peguam Negara agar menggunakan undang-undang hasutan apabila ketuanya, Datuk Seri Najib Razak, berjanji memansuhkannya.
"Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Shahidan tidak sehaluan dengan perdana menteri mengenai perkara ini," katanya.
Peguam bagi Pengarah Eksekutif Liberty, Eric Paulsen (gambar) berkata, tindakan Shahidan adalah tidak logik kerana Rayer tidak menghina bangsa Melayu amnya dan Umno tidak perlu tersinggung.
"Garis antara Umno dan orang Melayu tidak boleh kabur sebagai parti politik tidak menikmati sokongan menggalakkan daripada masyarakat," katanya.
Paulsen berkata Peguam Negara harus lebih prihatin dengan mereka yang menceroboh Dewan Undangan Negeri dan mendakwa pesalah supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Beliau berkata, 33 orang didakwa menyebabkan gangguan awam apabila mereka menceroboh Parlimen tahun lalu untuk membentangkan satu memorandum bagi menggesa pemecatan terhadap para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kerana kegagalan mereka mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil pada pilihan raya umum lalu.
"Pihak polis dan Peguam Negara bertindak cepat ketika itu dan saya berharap mereka menunjukkan semangat yang sama apabila berurusan dengan mereka yang menceroboh Dewan Negeri ini," katanya.
Peguam Abd Shukor Ahmad berkata, gesaan Shahidan untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap Rayer tidak boleh disokong oleh undang-undang.
"Shahidan dan pemimpin Umno yang lain salah mentafsirkan bahawa kritikan terhadap parti mereka juga merupakan serangan terhadap orang Melayu," katanya.
Shukor berkata pengamal undang-undang dan masyarakat sivil menentang penggunaan Akta Hasutan terhadap pengkritik kerajaan dalam sistem demokrasi seperti Malaysia.
"Apatah lagi apabila menteri kini menggesa Peguam Negara menggunakan undang-undang yang sama hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan parti," kata beliau.
Rayer membuat kenyataan "Umno celaka" pada Selasa apabila beliau merujuk kepada insiden perhimpunan di Seberang Jaya pada 18 Januari, di mana penunjuk perasaan mengadakan membawa kain rentang tertulis "Kerana mulut pemimpin DAP 13 Mei 1969 berlaku...Ingin lagi ke?"
Perhimpunan itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Machang Bubuk Lee Khai Loon kerana flashmob "Saya suka Kangkung" beberapa hari sebelumnya.
Flashmob itu menyaksikan patung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disuap dengan kangkung, yang bertujuan menyindir pemimpin itu kerana komennya berkenaan penurunan harga sayur itu.
Pada Rabu sekumpulan 30 orang menyerbu DUN Pulau Pinang menuntut untuk berjumpa Rayer.
Mereka menceroboh dan menganggu persidangan tetapi diiring keluar 10 minit kemudian. – 23 Mei, 2014.

2 comments:

  1. Mana mangkuk ni dapat PhD nya???? Bodoh melantun-lantun.

    ReplyDelete
  2. Jika arang yg hitam dikatakan hitam, memanglah betul. Begitu juga jika UMNO yg celaka dikatakan celaka, mana ada salahnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa