Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 21, 2014

Alumni UiTM Pun Jadi 'Kelabu Asap'!

Pihak mana yang ungkit dulu?
Siapa yang ungkit tentang UiTM dan Dyana?
Kenapa hanya Dyana disebut?

Alumni gesa Dyana Sofya henti guna UiTM sebagai bahan kempen


Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik masing-masing.
"Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.
Calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno."Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.
Shukri berkata: "Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno."
Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil “JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme” yang membantu pelajar yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.
Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.
"Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara," katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.
Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.
"Saya yakin UiTM melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).
Tanya Utar dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka," tegas Shukri.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. – Bernama, 20 Mei, 2014.

2 comments:

  1. Alumni UiTM menuduh Dyana tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda apabila memberi kenyataan balas mengenai UiTM; tetapi dengan mengeluarkan kenyataan tersebut SU Ulumni sendiri tidak sedar yang dia memaparkan kecetekan intelek dan kebebalan diri sendiri selain mempamerkan pemikiran partisan menjolok. Dinasihatkan Shukri rajin membaca dan membuat rujukan dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan supaya tidak dilahat sebagai bodoh mencalarkan institusi yang didukonginya.

    ReplyDelete
  2. Apa kehebatan dan kecemerlangan UiTM yg hendak dibangga-banggakan itu? Sistemnya tiada kompeten langsung untuk menelurkan lepasan berkualiti. Sebahagian kecil yg ada kesedaran diri menjulang ilmu spt Dyana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa