KOMEN PEMBACA: Kebenaran akan terserlah. Tun perlu diberi platform untuk membersihkan namanya. Beliau mesti membenarkan dirinya melalui pemeriksaan supaya tidak ada sedikit pun keraguan.
Platform terbaik yang memiliki taraf yang mencukupi adalah Suruhanjaya Siasatan Diraja. – Leong A Sam
alan Jaidee: Kebenaran akan terserlah, tidak kira berapa lama masa yang diperlukan supaya ianya ditemui.
Kita telah melihat Projek IC dan banyak penyelewengan lain. tetapi rakyat tidak mempunyai jalan. Kita mungkin tidak tahu keseluruhan penuh penipuan besar-besaran yang dilakukan ke atas rakyat semasa 22 tahun pemerintahan Mahathir. Ia mungkin mengambil masa beberapa dekad.
Tetapi ia akan berlaku, apabila terjadinya perubahan rejim. Sementara itu, kita menunggu dengan kemarahan yang tenang dan rasa putus asa.
Ling Sow Wan: Ahli parlimen pembangkang perlu menangani perkara ini dengan segera dan menekan SPRM untuk menyiasatnya kerana ini adalah sebuah tuduhan serius, atau lebih baik lagi, menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja dijalankan. Ani Arope tahu dia memiliki semua bukti yang menyokong dakwaannya berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan itu.
Pendedahan berani oleh Ani Arope berkenaan penyalahgunaan kuasa kerajaan Mahathir mesti dikagumi jika insiden itu benar-benar berlaku. Perbuatan itu bukan sahaja satu pengkhianatan amanah rakyat; Mahathir melanggar sumpah yang beliau angkat di hadapan Agong dan beliau mesti menjawab dakwaan itu.
Koay Ting Hoo: Jika dakwaan ini benar, kita telah ditipu selama 22 tahun oleh mereka yang berkuasa.
Mereka menaikkan tarif elektrik dengan mengambil tanah daripada Tenaga dan memaksa Tenaga untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk tenaga elektrik yang dijana untuk IPP, dan kini mereka memberitahu kita kerajaan tidak boleh lagi memberi subsidi kerana Tenaga tidak boleh kekal rugi. Siapa puncanya?
Awi Pak Aad: Ada pepatah yang mesti dihafal pelajar undang-undang atau mereka yang belajar "timbang tara" atau "hubungan industri"...''dengar cerita pihak yang lain''.
Yvette Mah: Yang "lain" akan menunjukkan kehilangan ingatan.
Julian Putra: Ani Arope mengambil masa yang lama untuk mendedahkan cerita ini. Beliau mengetahuinya namun berdiam diri. Apabila mereka yang mengetahui sesuatu tidak berbuat apa-apa bagi memperbaiki kesalahan atau cuba untuk mengekalkan integriti profesional, ia sesungguhnya bermakna mereka bukan orang yang baik.
Beliau cuba untuk mencari jalan keluar selepas perjanjian yang menguntungkan itu membebankan rakyat selama 20 tahun; maaf tetapi baik tak payah. Kegagalan terhadap rakyat sudah disahkan sekarang. Kerajaan telah menipu kita semua, rakyat marhaen.
Ghani Desa: Tahniah. Mengapa tarif mesti dinaikkan? Rakyat biasa kini boleh merasai kesannya.
Fatimah Suhaili Mahmud: SPRM nak menyiasat? Biar betul.
Raymond Munesinghe: Saya pasti ada bekas PM tertentu akan mengalami amnesia ‘terpilih’ berkenaan isu ini.
TJGM: Jawapan? Kita akan menunggu untuk masa yang sangat lama. Maaflah, NFA lagi!
Philip Boo: Jika ini berlaku di negara-negara lain, perletakan jawatan besar-besaran dari atas akan berlaku, yang mungkin menumbangkan keseluruhan kerajaan. Tetapi di sini...maaflah. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab.
Ulasan-ulasan ini diberikan oleh pembaca rencana “Answers needed to Ani Arope's electrifying 'Blackout 92' allegations”
- sumber
Nama Melayu Islam turut terpalit dengan pengkhianatan yang didedahkan kerana PENGKHIANATnya bukan sahaja mendakwa dia Islam, tapi juga mengaku dia seorang MELAYU. Bila lagi agaknya DIA mahu insaf ?
ReplyDeleteAlias Dasuki
ReplyDeleteKita hanya boleh berharap dan berdoa tapi hakikatnya Hidayah itu adalah hak Allah yang akan dibuka kepada mana-mana makhluk yang layak menerima rahmatNya sahaja!
hidayah tidak akan datang bergolek ... doa tidak akan dimakbulkan ... kalau tidak ada USAHA ... bagi pemimpin-pemimpin fasik dan tidak amanah, setakat berkata dalam hati atau menyatakan secara lisan atau tulisan tidak akan membawa apa-apa kesan kepada mereka ... perlu gunakan TANGAN untuk membenterasnya ........
ReplyDelete