“Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?” soalnya
Bila masa pulak Pakatan menang di peringkat Persekutuan?
Kalau setakat menang 1 atau 2 parlimen, mana ada kuasa?
Yang rakyat soal ni adalah terhadap BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan
Ini pun Ma tak faham ker?
Macam mana nak jadi Menteri?
Tapi apa nak heran kebanyakan menteri Najib sekarang bukannya cerdik sangat kan?
'Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri'
mk - 4:22PM - 26 May 2014
Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.
Mengulas janji yang dibuat beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau tidak berada di situ ketika janji itu dibuat.Katanya lagi, ia janji-janji mereka dan bukan beliau.
“Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen,” katanya.
Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama.
“Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?” soalnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa