Tumpuan Pas Selangor adalah kepada kerajaan yang ada sekarang, bukan kepada kerjasama dengan Umno demikian kata Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau dipetik sebagai berkata, sudah ada kerjasama dengan PKR dan DAP justeru tidak perlu PAS bersama Umno.
“Kita (Pas) dah ada kerjasama dengan PKR dan DAP, buat apa kita nak bersama Umno.Lagipun tumpuan kita di Selangor adalah nak jaga kerajaan yang ada sekarang,” katanya dipetik daripada sebuah portal media online hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno secara terbuka menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program baik pulih rumah asnaf di Desa Impian, Merbau Sempak, Sungai Buloh, bersama pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, Pas Selangor harus mengekalkan kerajaan yang ada sekarang dengan PKR dan DAP.
“Disebabkan itu, kita tak nak ada unsur-unsur yang boleh mengganggu prestasi kerajaan negeri, sebab kita nak tumpu pada kepentingan rakyat,” katanya.
Mengulas adakah Pas Selangor khuatir wujud persaingan sokongan pengundi antara mereka, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada PRU akan datang, beliau menjelaskan, Pas Selangor tidak khuatir dengan Amanah dan DAP memandangkan setiap parti mempunyai market dan pengundi sektor yang berbeza.
“Sebagai contoh, DAP dalam kawasan yang 70 peratus Cina, dia kuat, tetapi dalam 70 peratus pengundi Melayu, DAP dengan Amanah tak boleh masuk.
“Jadi Umno atau Pas masih relevan dalam kawasan yang majoritinya pengundi Melayu,” katanya.
Menurut Khairuddin lagi, jika DAP berhasrat untuk pecahkan undi di kawasan yang dimenangi Pas, dia kena ingat Pas juga boleh pecahkan undi di kawasan yang dimenangi DAP.
Memetik laporan Malaysia Dateline sebelum ini, Naib Pengerusi Ketua Perhubungan Umno Negeri,Mat Nazari Ahmad Dahlan turut mengulas mengenai kerjasama PAS-Umno di Selangor berkata, PAS ditekan DAP yang dilihat parti itu tidak lagi relevan di dalam kelompok DAP dinegeri itu.
Ini ekoran DAP katanya,cuba memisahkan PAS daripada pentadbiran negeri dengan berhajat untuk menandingi lapan kerusi yang akan ditandingi PAS kelak. Justeru dengan kerjasama Umno-PAS menjadikan parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam ini memenangi lebih banyak kerusi di negeri yang dikuasai Pakatan Harapan kelak.
“Dalam mencapai kesepakatan ini sebenarnya bukan sahaja untuk memenangi kerusi pilihan raya sebaliknya untuk membawa agenda Melayu dan Islam ke tahap lebih baik di negara ini,” ujarnya.
Pemikiran yang matang dan memahami kehendak rakyat.Dan inilah perjunagan sebenar Pas dalam memberi khidmat kepada arkyat melalui kesepakatan dengan semua bangsa dan agama.dan Pas Selangor bolih menjadi contoh kepada Pas negeri lain terutama Pas Terengganu,Kelantan dan Perak .Teruskan istiqamah kamu bersma PKR dan DAP serta tadbir dengan cara yang islam tunjuki/.jangan terikut dengan pendapat peminpin yang seolah2 menggunakan kuasa sendiri.
ReplyDeleteKita tidak tahu apa sebenarnya niat Pas di Selangor. Berdasarkan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin utama mereka, PAS Selangor hanya menunggu 'final round' atau 'tiga minit terakhir sebelum wisel atau loceng berbunyi' untuk memberi libasan yang hebat atau pun pecutan yang paling laju atau pun tumbukan yang paling padu kepada PKR Selangor pada PRU akan datang. Ketika itu PKR akan disiram dengan air kencing PAS yang telah dikumpulkan sejak beberapa tahun. PKR akan tinggal nama. Rakyat Selangor hendaklah menolak PAS dari sekarang. Menyokong PAS bererti menyokong UMNO. Menyokong UMNO bererti terlalu suka sangat kepada apa yang dibuat oleh Najib!!
ReplyDeleteCakap banyak pun tak guna pas sgor..
ReplyDeleteSkali tuang presideng kuarkan perintah,semua walaun tekedu..
Mcm titm,skali kata kerjasama dgn umno umpama dukung biawak hidup,
Selang 3 hari kata kerjasama atas dasar agama boleh pulak..
Pas adalah hadi marang,hadi marang adalah pas..
Elok org lain dalam pas duk diam,tak payah kuarkan kenyataan kerana pendapat muktamad adalah pendapat hadi marang sahaja.
Dasar ularmak sarkas
sekarang kenapa DAP beria-ria sangat minta PKR singkir PAS dari Kerajaan Negeri Selangor ? apa Hak mereka ? Apakah negara ini milik DAP ?
ReplyDeleteHadi Marang Mr Presideng yg selalu ponteng mesyuarat tu ke?
ReplyDeleteTk per krn dia bukan budak sekolah lagi, bila terasa nk pergi, dia pergi. Kalu rasa tknak, tk perlu hadir kerana dia bukan sekolah lagi.
Bila sampai d persimpangan T, PAS berhak memilih sama ada hendak ke kiri atau ke kanan. Tapi seluruh kepimpinan hendaklah selari. Parti-parti lain tidak boleh mempersoalkan keputusan PAS. Sama ada ke kiri atau ke kanan, PAS sebagai lelaki dewasa 50 tahun tentunya sudah banyak kali beristikharah dan membuat keputusan.
ReplyDeleteTapi janganlah cakap di Selangor PAS boleh memerintah di dalam 1 kerajaan dengan DAP dan PKR, sedangkan di Pusat dan di Pulau Pinang tak boleh. Apa ini? Boleh bila PAS mendapat Laba banyak dan tak boleh bila PAS mendapat Laba yang kurang.