Hadi, Najib bakal bertemu minggu depan
UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Dr Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.
“Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya,” katanya di sini.
Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden UMNO itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam berkata UMNO menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu ‘disepak dan diterajang keluar’ oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Puad berkata para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik UMNO.
Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO, katanya.
– Bernama
Abe
ReplyDeleteAkhirnya segala usaha HH dan puaknya selama 7 tahun untuk berdakap dengan UMNO akhirnya tercapai. Itulah dinamakan dan dimaksudkan sekarang dengan slogan " istiqamah hingga kemenangan". Macam2 telah dibuat, adakalanya kena bergerak secara "underground" atau secara sulit seperti semasa TGNA dgn tahaluf siyasi, menjalankan kempen fitnah terhadap penentang dalam parti, menghapuskan puak penentang ini menggunakan cai dalam pemilihan, menghalau mereka penentang2 ini supaya keluar parti dsbnya....akhirnya puak HH berjaya mencapai impian mereka hendak berdakap dgn UMNO.
Sekarang ini s3njata terakhir untuk mengikat perdakapan ini juga sudah siap. Usaha ulamak-ulamak puak HH dalam MSU akhirnya sudah berjaya mencipta alasan-alasan untuk menghalalkan usaha berdakap dgn UMNO ini menggunakan helah drp dalil-dalil syarie yang mereka cipta. 7 tahun puak ulamak ini dok belek kitab2 kuning dan kitab pelbagai warna, akhirnya mereka berjaya.
Itu pasal la kenyataan diatas sekarang keluar. Kita tengok macamana puak HH hendak memainkan episod akhir drama berdakap dengan UMNO ini. Abe buleh doh beli kacey butey dengan air sirap limau sejok untuk tengok episod akhir drama puak HH berdakap dgn UMNO ini.
Betullah apa yang yb hussam kata. 100% yb hussam tak fitnah.
ReplyDeleteSeronoklah harun, hadi, zuhdi, abdoh, amar.... impian menjadi kenyataan. Janganlah fikir sangat umno tu perjuangkan islam ker tidak. Janganlah fikir sangat umno tu ikhlas ker tidak. Anggaplah najib dan umno tu sokong hudud. Janganlah fikir najib offer gitu sebab umno sgt lemah dan tengah terdesak. Anggaplah pau tahun ni anugerah umno kpd pas.
Anggaplah lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Anggaplah umno tidak main ada udang sebalik batu, ada taik sebalik mi. Anggaplah rosmah tu ikhlas nak berubah pakai tudung lingkup. Yg penting objektif UG mencapai matlamat. Manalah tau pau 2016 najib umumkan tuan guru jadi PM untuk ganti dia....
Tak gitu admin?
kalau lah jadi tahaluf pas umno, aku rasa org yg paling gembira adalah azmin.
ReplyDeletepkr kawan pas kawan umno... kan pkr kata nak kawan semua org?
pru nanti pkr akan jadi parti paling selamat dan akan menang semua kerusi yg dipertandingkan. pas umno tak kan nak lawan kawan2 dlm pkr... betui tak?
Episod baru bermula kembali sebagaiman asri dulu jd mainan BN... He he he xserik kna patuk dgn ular dari lubang yg sama.. Kita tunggu utk ketawa nanti.. Ni le manusia yg hidup cuma bergantung dgn duit...lebai lebai...
ReplyDeleteMaknanya pengorbanan jiwa oleh Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya di Memali dulu adalah sia-sia sahaja DAN Amanat Hadi Awang bolehlah dicampakkan ke dalam tong taik!
ReplyDeleteYess. Setuju. Amanat hadi awe bole tohok dlm tong taik. Kipidap
ReplyDelete