Inilah kata-kata Tok Guru yang mereka sanjungi!
TMI - Published: 5 December 2015 5:10 PM
Seorang kakitangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan diugut selepas didakwa membocorkan maklumat kepada bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015.
Seorang kakitangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan diugut selepas didakwa membocorkan maklumat kepada bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
Ekoran itu, Syazwan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap akaun Facebook hantu, yang pemilik akaunnya tidak diketahui, El-Haraki.
Syazwan juga turut membuat laporan polis mengenai ugutan yang beliau terima di samping ancaman yang dibuat melalui panggilan telefon kepadanya.
El-Haraki, sebuah akaun Facebook yang dianggap pro ulama dalam PAS, dalam 1 postingnya semalam memuat naik gambar Syazwan dengan tulisan "Wanted" sambil memberikan ugutan.
"El-Haraki ucapkan tahniah dan syabas atas kehebatan Syazwan ini yang berjaya membocorkan maklumat dari pejabat menteri besar Kelantan. Apakah tujuan Syazwan lakukan ini?
"Anda ingin tahu apa tujuannya? Jika ingin mengetahuinya, bolehlah anda semua cari “dalang utama” ini dalam proses hendak menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan, minta dia nyatakan sebabnya," tulis El-Haraki pada posting bersama gambar Syazwan.
Namun semakan The Malaysian Insider hari ini mendapati posting berkenaan sudah dipadamkan.
Bagaimanapun, Syazwan mengakui dalam posting di Facebook beliau pula, serangan kepada Husam tetap diteruskan El-Haraki.
Katanya, tepat jam 10 pagi semalam, beliau menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang mengugutnya.
"Sejurus saya memberi salam, terus dijawab 'Syazwan! aku dengar kamu beri maklumat kepada Husam. Kamu jaga elok-eloklah anak bini kamu!'," tulis Syazwan.
Katanya, panggilan itu dibuat semasa beliau dalam perjalanan ke SKMM Cyberjaya untuk membuat laporan kes fitnah El-Haraki terhadapnya.
"Saya akan terus buat laporan polis sekali lagi sejurus selesai di SKMM," tulisnya kemudian.
Malam tadi dalam ceramahnya, Husam meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob lebih prihatin terhadap kakitangannya yang menerima ugutan.
Menurut Husam, tidak ada kakitangan kerajaan PAS yang memberikan maklumat kepadanya sebagaimana didakwa.
Husam sebelum ini menulis 1 surat untuk diserahkan kepada Dewan Harian PAS Pusat dalam 1 pertemuan yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuala Lumpur.
Husam didakwa mendapat maklumat untuk menulis surat itu daripada dokumen yang dibekalkan Syazwan. – 5 Disember, 2015.
Kepada el-hariki dan pengugut
ReplyDeleteSila dapatkan 4 saksi bagi menyabitkan syazwan dengan tuduhan kebocoran maklumat
itu prinsip Islam mengikut hadi awang
Tengok muka Hadi Awang ni dah macam Iblis. Adakah Allah SWT sedang menunjukkan sesuatu kebenaran kepada perkara yang sekian lama adalah bathil?
ReplyDeleteMuka dia memang mengerunkan. Hadi belum Insaf lagi ko, Seakatang nak tuduh siapa siapa oastikan aada 4 saksi.
ReplyDelete