Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 20, 2015

Gabung PAS-UMNO: Bayangan indah UMNO di Kelantan, apa kata PAS?

Gabung PAS-UMNO: 'Hindari ego dan tamak jika mahu bersatu' - Sazali
Gabung PAS-UMNO: 'Hindari ego dan tamak jika mahu bersatu' - Sazali
SAZALI: Gabung Pas-UMNO: 'Hindari ego dan tamak jika mahu bersatu' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO dinasihat menurunkan sikap ego dan menghindari sifat tamak masing-masing jika benar-benar ikhlas untuk bersatu.

Setiausaha UMNO Lembah Pantai Datuk Sazali Kamilan berkata, semua penggerak dan pejuang parti juga sewajarnya berdoa, agar walaupun PAS dan UMNO bukan bergabung, satu persefahaman atas nama Melayu Islam sudah dikira memadai.

"Sewajarnya UMNO dan PAS, masing-masing perlu turunkan ego dan hindari sifat tamak. Alangkah cantiknya jika pada PRU-14, di Kelantan misalnya, UMNO beri laluan kepada PAS di kawasan PAS popular dan begitu juga sebaliknya di kawasan UMNO popular.

"Mungkin juga melalui 'persefahaman' ini, Menteri Besar Kelantan adalah daripada PAS dan kuota Exco Kerajaan Negeri diberi juga kepada UMNO.

"Barulah sama ada UMNO atau PAS boleh kuasai negeri Selangor dan mungkin juga Pulau Pinang. Apa yang penting ia diterajui oleh orang Melayu Islam daripada UMNO atau PAS. Tidak sesekali oleh PKR seperti sekarang ini di Selangor," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Sazali mengulas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu jelas Sazali, kekuatan Melayu Islam dilihat diperlukan seperti Lembah Pantai sendiri untuk memastikan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Di Lembah Pantai sendiri kita berhadapan dengan Melayu PAS yang keliru, Melayu PKR yang masih belum sedar dan Melayu atas pagar yang tunggu dan lihat.
"Manakala pengundi bukan Melayu tidak takut dengan kita sebab Melayu kelihatannya tidak bersatu. Pengundi bukan Melayu akan gerun dan hormat kita apabila Melayu Islam bersatu.

"Adakah kita rela melihat BN tidak berjaya lagi di Lembah Pantai akibat Pengundi Melayu yang keliru dan Pengundi Melayu yang tunggu serta lihat dan juga Pengundi bukan Melayu yang tidak gerun dan hormat kepada pemimpin Melayu Islam?" tegasnya.

5 comments:

  1. Yang nak menentukan kalah menang PRU bukan ahli parti tetapi yang berada diatas pagar tu usah mimpilah melayu sekarang hendak sokong BN/UMNO dalam PRU14 nantu .

    ReplyDelete
  2. Ahli Parlimen Lembah Pantai tu Melayu la weh.. pengundi Lembah Pantai TAK NAK Raja kapor @ tawkey lembu & tok lebai baiah walaun tompok2 tahiii untaa..hi

    ReplyDelete
  3. Pru14 kasi mampos itu umno mlayu. Kasi mampos itu mlayu walaun pas. Kita mau msia baru. Tolak perkauman. Tolak penjual agama

    ReplyDelete
  4. yes atas pagar dan 100 peratus yg menolak pas dan umno

    ReplyDelete
  5. Melayu sekarang telah celik, sentiasa ambil tahu perkembangan pentadbiran Negara, sentiasa melihat sikap dan perangai para menteri yg cakap tak serupa bikin, sentiasa melihat koborosan, ketirisan disamping amalan Rasuah yg tak terkawal, PRU 14 nanti Rakyat mahu melihat tiada umnobn yg akan bernyawa lagi,...,,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa