WEDNESDAY, DECEMBER 02, 2015
Label tohmahan seperti barua, broker, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi penghinaan diberikan kepada beberapa pemimpin PAS tertentu sepanjang kempen pemilihan PAS yang baru lalu.
Sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yg turut terkejut melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.
"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk. Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor. Baca lagi di sini
Setelah sekumpulan pemimpin PAS tersebut keluar parti dan menubuhkan parti baru AMANAH yang berteraskan Islam, presiden PAS Hj Hadi mentohmahkan mereka sebagai entiti yang lebih merbahaya dari musuh.
Hj Hadi kata mereka itu sebagai pengkhianat yg perlu dihapuskan.
Ternyata kenyataan Hj Hadi ini sangat merbahaya kerana mengancam keselamatan mereka yang telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.
Dalam surah Yaasiin ada satu ayat yang yang maksudnya : "Wahai bani Adam, janganlah kamu ikuti syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata"
Kalau ditafsirkan kata-kata Hj Hadi 'mereka lebih merbahaya dari musuh' bermakna 'mereka yang keluar PAS itu lebih bahaya dari syaitan'??
Hj Hadi kata, "Samada mereka kembali kepada kita, bertaubat atau dihapuskan" menggambarkan seolah-olah mereka yang keluar PAS sudah terkeluar dari agama Islam maka sebab itu dia kata perlu kembali semula dan bertaubat atau dihapuskan yakni sebagaimana hukuman terhadap mereka yang murtad - bertaubat atau dibunuh!
Kalau perkara seumpama ini bukan lagi dinamakan 'takfiri' korang nak namakan apa?
Walaupun begitu mulut celupar cirit birit kalangan PAS menyerang pemimpin AMANAH, namun presiden AMANAH, Hj Mohd Sabu tetap mengingatkan rakan-rakan pimpinan AMANAH yang lain supaya bersabar, jangan balas, jangan serang PAS.
Tapi bila Mat Sabu cuit sikit dengan mengatakan PAS diresapi pemikiran ISIS, semua wala'un PAS terpekik terlolong guna semua siku dan lutut mengamuk macam kena sampuk!
Sebelum ini Mat Sabu dan rakan-rakannya ditohmah menubuhkan parti baru kerana kumpulannya kecewa akibat kalah dalam pemilihan.Tuduhan ini berleluasa dan masih lagi berterusan.
Mat Sabu perlu menjelaskannya dan diantara sebab musabab beliau dan rakan-rakan keluar PAS dan menubuhkan AMANAH adalah kerana 'PAS diresapi pemikiran ISIS'. Mereka serang Mat Sabu dan minta tunjukan bukti.
Mat Sabu tidak pula merujuk kepada mana-mana pimpinan PAS yang diresapi pemikiran ISIS. Beliau menyuarakannya secara umum dan menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.
Takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.
Berikut saya perturunkan satu lagi bukti (selain yg saya dah sebut mengenai Hj Hadi tadi), satu petikan dari artikel Harakah bertarikh 30.6.2015 yang bertajuk 'Tegas menangani anasir jamaah', ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).
Untuk makluman semua, sumber asal artikel tersebut kini tidak dapat di akses. Kenapa ya? (mungkin sebab itu walaun berani mencabar minta bukti
Artikel tersebut menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh veteran PAS di negeri Kedah.
" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh". "Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.
Apakah kenyataan seumpama itu bukan satu gejala 'takfiri' dalam berhukum yang dibawa oleh PAS sehingga menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah berleluasa di kalangan wala'un. Artikel tersebut masih boleh diakses melalui fesbuk Dewan Ulamak PAS Perak di sini. Saya screenshot bahagian yang vital berikut:
Artikel tersebut memuat naik pandangan seorang tokoh veteran PAS yang hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.
“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.
“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.
“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.
Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.
Bekas Naib Presiden Pas, Ustaz Haji Ahmad Awang pernah menggesa Majlis Syura dan Dewan Ulamak Pas mengesahkan pandangan pihak tertentu bahawa mereka yang dikatakan keluar dari jemaah atau menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah penderhaka, kafir dan boleh dipancung (hukum bunuh).
Ust Ahmad Awang menempelak pandangan tersebut dengan berkata:
"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS". - sumber
taliban belum keluar lagi dalam pas mereka pun bertaqqiyah macam syiah sambil menuduh syiah sesat--bila kalah teruk dalam pilihanraya lihatlah --golongan kecewa ini akan muncul secara gila
ReplyDeletegolongan ini dalam gang syiah Ali beria ia menerima tahkim dengan muawiyah kemudian menyedari langkah mereka silap baru meroyan
sejarah berulang
Jangan ingat dalam PAS tidak ada orang gila atau pun gila babi.
ReplyDelete