Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 16, 2015

Ini dia persamaan UMNO dan PAS

Punya majoriti wala'un berkepala kosong 

Mahathir: Suruh jahanamkan Umno pun ikut


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir gesaan supaya taat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaungkan dalam perhimpunan agung Umno 2015.
Beliau mempersoalkan gesaan membantu presiden Umno ditafsirkan dengan mengikut semata-mata, walaupun boleh mendatangkan keburukan kepada parti.
“Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi.
“Apabila presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan.
“Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak presiden parti,” katanya.
Najib dalam perhimpunan agungnya sebelum ini menggesa agar ahli akar umbi terus taat kepadanya.
Ia susulan gesaan Mahathir supaya Najib melepaskan jawatan kerana kontroversi berkaitan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Najib dalam perhimpunan itu tidak dilihat menjelaskan secara khusus berkaitan 1MDB dan isu derma sebaliknya sedaya upaya mempertahankandiri.
Najib dalam ucapan penggulungan beliau berkata ‘tidak akan berundur, tidak akan mengalah’.

3 comments:

  1. sebab tu dia boleh kerjasama. presideng berfikiran sama

    ReplyDelete
  2. Seorang jahanamkan Umno dan seorang lagi jahanamkan PAS. Najib kira okey juga sebab bapa dia banyak jasa dengan UMNO dan negara. Hadi macam mana? Menjahanamkan harta orang!!

    ReplyDelete
  3. umno mean united malay no otak..
    jangan soal.jangan tegur dan jangan bantah..barulah anda menjadi se orang ahli yg terbaik.
    hahaha.malay no otak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa