Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 13, 2015

Isu ni korang pikir-pikir dan tilek-tileklah sendiri!

Bila saya kata Umno sesat?, tanya Hadi
pada 12-12-2015 04:12 Ditulis Oleh Azizul Osman

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS dalam membina sebuah negara mengikut syariat Islam selepas beberapa pemimpin PAS memberi kenyataan keras terhadap perkara itu. 

Beliau bagaimanapun nafi menuduh Umno sebagai “sesat” apabila meminta parti itu kembali kepada Islam dalam perjuangannya dua hari lalu.

“Bila saya kata (Umno sesat), bila saya kata Umno sesat?” kata Hadi hari ini apabila ditemui selepas mesyuarat parti mengenai pilihan raya negeri Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustapa Ali meminta wartawan untuk merujuk kepada kenyataan awal Hadi mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesangsiannya mengenai keikhlasan Umno untuk mengikut syariat Islam dalam membangunkan Malaysia. 

"Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu lalu menolak kerjasama politik di antara dua parti berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan.  

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempertikaikan keikhlasan tawaran Umno itu. 

"Dulu masa 5, 10 tahun lalu ketika Umno kuat, kenapa tidak pernah tawar apa-apa kepada PAS?” kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataannya pada Khamis lalu, Hadi berkata PAS "berlapang dada" dengan hasrat yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Razak namun menegaskan Umno perlu kembali kepada landasan Islam dalam mentadbir negara. 

Beliau juga berkata sebarang keputusan oleh PAS mengenai tawaran Najib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 

"PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam", kata Hadi.

“PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi,” kata Hadi dalam kenyataan itu.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 Najib berkata Umno menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.

16 comments:

  1. Tuang presideng kalau becakap kena ulang 2 kali ke?

    ReplyDelete
  2. Klu tak sesat tak kan dia suruh kembali ke jalan islam... ngong ker hapa hj dol neh.

    ReplyDelete
  3. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)

    sebesar besar musuh Islam adalah puak munafiq
    hati hati jangan sampai ikut sama
    terbenam dalam dasar neraka jahanam

    ReplyDelete
  4. Munafik tu ..apa...apa ciri2 munafik...

    ReplyDelete
  5. agama suku politik suku tu tak kira sesat ke?

    knp terjadi solat dua imam?

    ReplyDelete
  6. Tu la ... muda-muda dah buat amanat. Lepas tu lupa kepada amanat sendiri ...

    ReplyDelete
  7. Aku ingat memang BADI parti pas lah.sejak dulu hingga skg.. perjlanan parti pas tengah cantik dan sempurna.. mesti ada pimpinan tertinggi ada membuat sesuatu onar.. dr dato asri. Nasa..skg tuang presiden. Yang dulu2 buat onar aku lupa.. parti lain sejak merdeka..kalau pimpinan tertinggi buat onar tidak sampai merosakkan parti.. parti pas ni lain.. patut susah nak kuasai org melayu dan malaysia.. contoh senang je.. umur kalau tak salah 62 tahun.. kerusi mp 14.. bukan ke sesuatu yg memalukan.. cakap asyik nak bergegar2 je..berserban tu.

    ReplyDelete
  8. PAS ni memang parti bodoh , dulu kini dan selamanya. Ikut sajalah hj hadi ni join umno habis cerita. Bila orang tegur tak nak dengar. Kami yg tidak berparti ni akan hukum anda dlm PRU14 nanti. Huh ...

    ReplyDelete
  9. hehehehehe.....memang la HH tak kata secara terus terang UMNO SESAT. Tetapi bila dok bagi syarat UMNO kena kembali kepada Islam, baru PAS hendak bekerjasama tu maknanya UMNO sesat la. Kalau xsesat mengapa suruh kembali kepada Islam.

    Bila dok sebut satu persatu keburukan UMNO tu maknanya banyak le UMNO xikut Islam. Bila banyak xikut Islam maknanya sesat le.

    Ini bukan sahaja xcerdik. Ciri-ciri xmatang pun ade. Umuq HH ni baru 5 tahun ke?

    ReplyDelete
  10. Pas sejak mula ditubuhkan terus berdiri di atas kaki sendiri.. x perlukan DAP pung..

    ReplyDelete
  11. Presdeng jln kanan, walaon ikut ke kanan. Presdeng jln kiri, walaon ikut ke kiri. Presdeng jln depan, walaon merangkak ke depan. Presdeng undur belakang, walaon undur ke belakang. Presdeng masuk jamban, walaon masuk jamban. Presdeng terjun gaung, walaon terjun gaung. Presdeng kata taik tu wangi, walaon kata taik bau wangi. Presdeng kencing, walaon nganga mulut.

    ReplyDelete
  12. Klu bukan sbb ceo dan exco, dah lama dia suruh pas selangor cabut. Nak sambut tangan najib mudah2an anak cucu dan menantu dpt ceo. Kanan kiri depan belakang sapu. Sapu keliling.

    ReplyDelete
  13. OK, kami terima kenyataan kamu bahawa kamu tak mengatakan UMNO itu sesat wahai Hj Hadi! Maka, jika UMNO itu tidak sesat, apa yang ditunggu lagi? Bergabung dan masuklah barisan wahai PAS! UMNO suka salah guna kuasa, menyeleweng harta negara dan bergelumang dengan rasuah? Tapi selama ni pun PAS bukannya kisah sangat dengan penyelewengan UMNO! PAS tak dak pun menyerang habis2an UMNO atas dasar mereka salah guna kuasa dan bergelumang dengan rasuah! Bahkan Tuan Presideng dan Murshidul Am sendiri yakin serta percaya yang Najib dan UMNO tidak rasuah dan tidak melakukan "pecah amanah" terutamanya pasai duit derma 2.6 nillion!

    SO, apa tunggu lagi? Apa lagi dok buat "malu2 kucing"! UMNO dah hulur "tulang ikan" kat depan mata, apa lagi, kasi rembatlah sebagai mana kamu rembat balak, naikkan gaji dan elaun adun (tak kisah kerajaan negeri sedang pokai) serta pi beramai2 jalan2 ke luar negeri (membuang masa) sambil menghabiskan duit rakyat negeri Kelantan! Rakyat dah lama tau yang korang semua memang tengah bermukah dengan UMNO. Tapi kamu semua masih juga berperangai macam Najib! Rentikan aje kerja2 nak perdaya orang ramai tu! Kami dah kenal dah muka sebenar pimpinan PAS dibawah Hj Hadi. Saling tak tumpah sebijik macam muka pemimpin2 UMNO. Kerja lain takdak, makan free rakyat tanggung, pastu langsung tak reti nak buat kerja sambil menggesa rakyat supaya bersyukur dapat kamu sebagai pemimpin walaupun haprak!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  14. demo nikoh la wey Pas+umnu..nikoh mutaah pun tak apo ..X payoh laa baiah ko taklik ko ..
    Comel la tu samo padey samo raksi ..serupo awey boceh dgn mek ssengehh ...ya wala' ya wala' ya baiah ya baiah

    ReplyDelete
  15. siapa tak ikut hj hadi pekak?
    nampak timbalannya le

    tak tau apa yang jadi--harun din awak kat mana awak kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruang dean tengah sibok sekarang ni. Tengah tangkap jin yg dok gangu pi em. Januari ni selesai la tugas tu.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa