Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 14, 2015

Kerjasama UMNO-PAS: Ini kata Tok Pa, ada lagi orang PAS nak nafi?

UMNO, Pas telah bekerjasama selama dua tahun

 | December 13, 2015
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin 'salam' yang dihulur oleh Najib akan disambut baik Pas selepas ini.
Datuk-Ahmad-YakobJELI: Kerjasama antara UMNO dan Pas telah berlangsung selama dua tahun, melibatkan kerjasama di peringkat ‘G-to-G’ antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan Kelantan pimpinan Pas di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai isu kerjasama yang diuar-uarkan oleh media antara Pas dan UMNO.
“Kerjasama telah berlaku, (ia) bukan mimpi… tak tepat (kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tak betul. Kerjasama telah berlaku dua tahun dah.
“Tapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota Pas dan UMNO dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga, lapor Bernamai.
Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya ‘bermimpi’ jika ingin menjalinkan hubungan dengan Pas selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin ‘salam’ yang dihulur oleh Najib akan disambut baik Pas selepas ini.
“Saya rasa sehari dua ini saya tak nampak ada kerajaan campuran ini, tapi kita dah mula kerjasama, saya sendiri dengan Menteri Besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan telah diadakan.
“Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan,” katanya.

# Inilah asas laporan MSO dan juga Shahbudin bot com

4 comments:

  1. jadi selama ni pas menafikan projek ug ni kira menipu umatlah?

    begitu mudah mrk menipu mcm tak ada iman langsung.

    kata nak letak jwatan tp tak ada tanda2 nak tinggalkan pejabat; malah naik gaji lagi. kata lesen balak dah mansuh; bila disemak masih ada lg yg dikeluarkan.

    rakyat masih tinggal dlm khemah, malah ada yg tinggal dlm tandas sbb rumah asal dah hanyut.

    dah byr ke tunggakkan YIK? dah jwb ke semua surat2 YB Husam? dah siasat ke pelakun2 yg terlibat dlm surat YB Husam tu?

    membangun bersama Islam?
    membalak bersama ularmak
    melingkup bersama pas

    TOLONG HENTIKAN PROJEK JUAL AGAMA KAMU SEMUA!!!

    ReplyDelete
  2. Apa????? koing koing koing...

    ReplyDelete
  3. Tuang presideng cakap mana ada ug. Sapa pembohong tuang ke atau mustapa? Tlg jelaskan tuang. Apa ni timbalang cakap lain tuang cakap lain? Mana satu betul tuang ?

    ReplyDelete
  4. Salam..maka bhijrahlah ahli2 totok parti Pas bramai2 ke parti Amanah..bas dh jatuh dlm lubang najis d pandu scara sengaja oleh Driver,sambil mnerima nasihat oleh Konduktor..apa la punya nasib pnumpang,bas d pandu oleh driver mental xstabil..arios amigos..kuang kuang kuang..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa