Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 6, 2015

Masih menjaja Hudud.........bertanggung jawab pada Tuhan dan Pengundi tapi sidang parlimen ponteng!

Hudud: 60% Umat Islam di Malaysia Mesti Menolak UMNO BN Dan Bersama PAS Membangunkan Negara.
06 Disember 2015
Ditulis oleh YB Dr Izani Husin
1.       PAS tetap meneruskan usaha EKJSII 2015 di Kelantan kerana berkeyakinan ia tidak memberi sebarang kerugian kepada PAS mahupun pakatan pembangkang kalaupun ia tidak berjaya. EKJSII 2015 tidak merugikan Non-Muslim kerana ia hanya terpakai untuk orang Islam sahaja, untuk Kelantan sahaja, untuk orang bersalah sahaja.

2.       EKJSII 2015 telah dibawa melalui ruang demokrasi dan undang-undang. Kajian yang dibuat Pejabat Menteri Besar Kelantan mendapati 94% peratus rakyat Kelantan bersetuju dengan undang-undang ini. Mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa ia dibentangkan dalam sidang DUN.
3.       PMB (Pindaan Akta 355) dua kali dibawa ke parlimen pada sidang Mac Dan Jun dan PAS tidak memaksa Ahli Parlimen bukan Islam untuk menyokong. Sidang parlimen ditangguhkan 3 Disember 2015 Private Member Bill (Pindaan Akta 355) tidak Berjaya dibentang dan mendapat kritikan bertali arus daripada mereka yang menganggap EKJSII 2015 dan PMB adalah punca terkuburnya pakatan rakyat walaupun mereka tiada asas dan hujah keatas penolakan usaha ini.

4.       PAS mengambil segenap ruang dan peluang yang ada melalui sidang DUN, penerangan, sambutan hari hudud, rundingan PMB demi memartabatkan hukum Islam ini. Walaupun sesetengah mereka menganggap PAS ditipu, tetapi sebenarnya ia menambahkan koleksi fakta penolakan hudud oleh UMNO BN setelah Mahathir memberi surat amaran kepada TGNA, Zaid Ibrahim (ditarik balik) dan gerakan menyaman hudud.  PAS menyelesaikan tanggungjawab terhadap tuhannya dan pengundinya. Bukankah ia kemenangan moral yang besar bagi PAS dan sedikitpun tidak merugikan PAS dan parti pembangkang yang lain.

5.       PAS serius dan konsisten terhadap perjuangan dan meyakini undang-undang Islam memberi kebaikan dan kebajikan untuk semua.

6.       60% umat Islam di Malaysia mesti menolak UMNO BN dan bersama PAS membangunkan Negara.

YB Dr Izani Husin
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
TYDP Pas Kawasan Pengkalan Chepa

9 comments:

  1. berhentilah menipu. dunia dpt akhirat tak dpt. dosa dpt pahala tak dpt.

    jgn lg dijual agama krn nak kan undi. cukup2lah menipu rakyat...

    dosa rembat balak pun tak tertanggung... tambahlah lg memfitnah bohong tipu dsb...

    setiap amal itu bergantung pd niat...

    kalau benar nakkan hudud, knp hadi tak kuatkuasakan ditganu masa di mb dulu? knp dia sibuk dikelantan? knp hadi ponteng sidang parlimen sms akta tsb disenaraikan?

    adakah ada perjanjian rahsia utk menyerahkan Kelantan kpd umno supaya royalty minyak dpt disalurkan kpd Kelantan? dan dgn itu akan dpt projek2 mewah?

    ReplyDelete
  2. Bull shit kalo ckp serupa munafikun vs musyrikun

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak lulus dan bentang jika Ahli Parlimen yang bertanggungjawab pun tak hadir parlimen? Sebagai manusia kita mesti sedar bahawa sesuatu perkara perlu dinyatakan di tempat yang betul, untuk bentang rang-rang undang mesti di parlimen bukan di kedai kopi atau pun ceramah umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn pandangan bro. Apa Hadi Ingat nak buat jualan tapaware ke hudud ni.? Cakap2 kat warong tepi jalan aja.parlimen tak datang boleh pi jln2 makan angin kat jepun.bodohnya ahli Pas macam ni.

      Delete
  4. Ponteng sidang parlimen. Ke'cek sajo.

    ReplyDelete
  5. PONTENG SIDANG PARLIMEN. JANGAN TIPU PENGUNDI.

    ReplyDelete
  6. PAS parti pembangkang? Kah, kah, kah, lawak sungguhlah mamat ni! Dimanakah PAS bila parti pembangkang menolak belanjawan yang berteraskan cukai zalim keatas rakyat iaitu GST? Dimanakah PAS bila pembangkang2 semua mengangkat plakad mempersoalkan kewujudan duit RM2.6 billion dalam akaun Najib? Dimanakah MP2 PAS bila usul keluar dewan keatas ahli2 pembangkang dijalankan? Dimanakah Tuang Presideng dan MP2 PAS bila usul meluluskan akta MKN dijalankan?

    Berkecuali? Ponteng sidang? Hadir sidang tapi dok melepak masa undian dijalankan? Itu bukan ciri2 parti pembangkang tetapi itu adalah ciri2 kemunafikan serta pengzahiran niat kamu untuk duduk bersama2 dengan UMNO dan BN. Kami dah lama sedar dah bahawa PAS memang ingin sangat duduk didalam kerajaan pusat yang ditunggangi oleh UMNO. Dan kami juga sedar bahawa sebab utama PAS tidak mahu berterus terang dan mengishtiharkan diri sebagai parti yang menyokong UMNO adalah kerana takut! Takut ahli2 kamu secara beramai2 keluar parti. PAS juga takut, nikmat dunia yang kamu kecapi setelah beroleh beberapa kerusi Parlimen dan DUN akan lenyap apabila rakyat tidak lagi mengundi kamu apabila kamu menjadi parti komponen BN.

    Maka rakyat juga sedar bahawa PAS sekarang ini sedang bermuka2 dan berlakon untuk memperdayakan ahlinya dan juga rakyat. Sedarlah, bahawa rakyat dikala ini tidak sebodoh pimpinan PAS yang diketuai oleh Hj Hadi yang sudah berpuluh2 kali ditipu UMNO. Kami tidak mahu lagi ditipu oleh UMNO dan umat islam tidak mahu lagi diperdaya oleh2 ugamawan2 dunia yang berlakon suci tetapi kental menyokong asobiyyah UMNO. UMNO sudah merosakkan negara ini dan sesiapa sahaja yang ingin menolong UMNO untuk kekal berkuasa bermakna mereka juga adalah musuh rakyat tak kira jika mereka itu mengaku ulamak! Kami sedar golongan2 ugamawan tidak maksum dan mereka juga ada sifat2 tamak, haloba, khianat serta tidak amanah! Mulut kamu boleh berkata "tidak" tetapi perbuatan kamu mengesahkan apa yang kami syak!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa