Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 6, 2015

Pendirian pelik Tim. Presiden UMNO ni: Rela terus jadi 'tunggul', dan Ku Li jadi 'kuli'?

Sampai bila Muhyiddin mahu jadi 'tunggul'?
mk -  

http://www.malaysiakini.com/news/321881 Tidak terbayangkan apakah ada lagi bahasa tersirat yang lebih menyinggung seorang timbalan presiden sebuah parti daripada dihalang berucap kepada ahli yang menyokong pertubuhan berkenaan.
Lebih-lebih lagi di majlis yang diadakan hanya setahun sekali, dan mengikut tradisi timbalan presiden itulah yang berucap bagi merasmikan sayap parti berkenaan.
Walaupun tidak termaktub dalam perlembagaan, ia adalah sebahagian daripada tradisi yang tidak pernah dibantah sebelum ini.
Namun pada 2015, nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak secantik tahun-tahun sebelum ini.
Tanpa jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin masih seorang timbalan presiden parti yang disanjungnya. Masalah Muhyiddin ketika ini ialah, dia sendiri tidak disanjung oleh sesetengah daripada ahli Umno.
Di peringkat akar umbi - dan dengan syarat semua maklumat dapat sampai kepada ahli dengan adil - Muhyiddin masih dihormati. Bekas menteri besar Johor itu bukan sembarangan orang.
Tiba-tiba Muhyiddin berasa dia mahu dijadikan tunggul kayu mulai 8 Disember ini.
Bagai luka yang diperah titisan limau, pengurusan Umno memberitahu Muhyiddin belum tentu dapat berucap di sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Malu jadi Jebat
Kali ini selama lima hari - mulai Umno akan bersidang berbahas di depan 5,738 perwakilan termasuk dari wanita, pemuda dan puteri.
Berucap menggulung perbahasan juga salah satu tradisi parti. Ia adalah masa untuk seseorang pemimpin menjawab, menjelas, menanya (dan sesekali melawak) untuk menghargai ribuan perwakilan yang datang.
Sesi itu pula biasanya bukan sesi biasa. Padanya ada banyak amanat penting disampaikan. Bagi media pula, ia adalah salah satu segmen penting untuk diperhatikan kerana nilai berita biasanya akan banyak di situ.
Dalam keadaan begitu Muhyiddin jadi "tunggul kayu". Umno mungkin tidak berniat menjadikan tokoh Melayu Johor itu "tunggul" namun setidak-tidaknya beliau berasa mahu dijadikan begitu.
Soalnya sekarang ialah, sampai bila Muhyiddin - seorang yang diakui tidak banyak terpalit dengan skandal bukan-bukan, anak seorang ulama dan merendah diri - mahu kekal sebagai "tunggul kayu"?
Setakat hari ini beliau masih malu-malu untuk jadi Hang Jebat. Mungkin perkiraan politik penasihat beliau mempunyai sifir tersendiri sehingga memaksanya kekal sebagai Hang Tuah.
Berhujah dengan berkias mungkin menampakkan seseorang itu tebal nilai kemelayuannya, tetapi tiada sebarang 'fatwa' yang mewajibkan kiasan itu ditanggap dengan betul.
Berlama-lama berkias pun tidak menjadi apa-apa juga. Menyampaikan maksud melalui madah gerak zapin mungkin lunak pada telinga dan enak pada jiwa namun dalam politik, kaedah itu bukanlah pendekatan yang betul.
Pada banyak keadaan, pendekatan terus terang, tanpa kias berlapis dan retorik yang menebal adalah perlu.
Sampai bila?
Keadaan semasa menunjukkan Muhyiddin perlu menjadi lebih berani. Apatah lagi selama ini beliau menguar-uarkan langkahnya bersuara lantang terhadap pemimpin atasannya adalah demi rakyat.
Rakyat memang terdesak dan cemas sekarang. Ketika kos sara hidup semakin menghimpit, tanda tanya mengenai skandal 1MDB belum benar-benar terungkai, kita diperlihatkan dengan pelbagai 'jenaka' yang menggerunkan.
Kenaikan tambang perkhidmatan awam, pertambahan kadar tol, undang-undang yang mencemaskan adalah antara kerisauan rakyat. Mahu mengharap kepada pembangkang memanglah boleh tetapi lihat saja apa yang berlaku di parlimen sehari dua ini.
Maka antara harapan yang ada pada rakyat tertanggung pada bahu Muhyiddin. Beliau perlu lebih berani bersuara "demi rakyat" seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Secara analogi, jika perlu menghunus keris, hunuslah segera. Andainya terlucut jawatan, biarlah. Bukankah kehilangan kebesaran dan pangkat atas nama rakyat itu jauh lebih dihormati?
Melayari bahtera menempuh badai pula tentu lebih jantan berbanding hanya bermain-main anak ombak di gigi air.
Menjelang Perhimpunan Agung Umno kali ini, adakah Muhyiddin akan bertindak sebagai anak lelaki?
Sampai bila nak dijadikan "tunggul", Tan Sri?

4 comments:

  1. jangan lupa anda yang inginkan paklah turun dan melantik najib
    anda hulubalangnya

    puak anda mengatakan dia suka tido
    sekarang anda ditendang

    ingat ingat sama dosa anda pada pak lah
    terimalah seadanya

    ReplyDelete
  2. Jadi tunggul????
    Malunya...

    ReplyDelete
  3. Bahalol

    Kalau sudah Melayu apa lagi yang ada pon

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!

    ReplyDelete
  4. nampak terang dan jelas.
    samaada lawan atau terus jadi tunggul.
    bila lagi waktu yang ada sebaik sekarang?
    depa tak bg berucap. tapi kalau berucap juga..depa boleh buat ape? tangkap masuk lokap?
    nk ikut sangat peraturan..depa tu ikut sangat peraturan ke?
    nk lawan.lawan la sungguh sungguh.
    tak lawan pun memang dah jadi arang.kalau lawan pun dah jadi abu. bukannya boleh jadi seperti asal dah pun

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa