Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 18, 2015

Sepentas PAS-Umno: Siapa beroleh manfaat

 | Dr. HARISAH MANTIK

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri  Dr. Abdul Hadi Awang ketika hadir dalam Multaqa  Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia semalam.Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Dr. Abdul Hadi Awang ketika hadir dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia semalam.Antara rakyat, Umno dan PAS siapa yang mendapat manfar hasil penampilan sepentas Umno-PAS?
Bagi menjawab soalan ini, mari kita uji penyataan berikut:
1. Apakah PAS dapat manfaat?
Umum mengetahui PAS ingin menegakkan Islam dan hudud di Malaysia. Dalam mengharapkan Umno membuka pintu untuk pembentangan Akta 355 di parlimen, PAS cuba berlunak dengan Umno dan sanggup menyingkirkan sahabat dalaman.
Soalnya, apakah Umno sanggup membuka pintu itu? Akhirnya 3 sidang parlimen berlaku dan Umno tidak mengotakan pun janji itu.
Agak mustahil untuk Umno mengotakan janji itu. Ini kerana kita tahu siapa pencuri duit terbesar dalam negara yang bernilai RM2.6 bilion. Maka tidakkah ia bakal memakan diri si pencuri?
Selain isu hudud, ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menunjukkan PAS risaukan kestabilan serantau.
Intipati ucapan Tuan Guru Abdul Hadi menyeru agar pintu kestabilan Malaysia tidak dibuka kepada orang asing yang mahu merosakkan Islam.
Namun PAS perlu menyedari hakikat, harapannya kepada Umno itu boleh disampaikan di luar pentas berkenaan.Bahkan pintu keselamatan dan kestabilan negara ini telah pun dibuka.
Apakah pintu keselamatan negara yang dibuka oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN)?
PAS perlu sedar kerajaan BN terlibat dalam perang di Yaman dan tentera kita telahpun berada di sana.
PAS perlu sedar, Umno-BN kekal dalam kedegilannya membuka pintu TPPA (Perjanjian Kerjasama Asia Trans Pasifik) yang mengancam kestabilan ekonomi negara.
Bahkan PAS telah menasihati Umno dalam hal ini dan jawapan kepada nasihat terabai itu pun umum ketahui.
PAS perlu sedar setiap tahun tentera Amerika Syarikat dan tentera Australia datang ke Malaysia untuk latihan bersama. Latihan bersama ini dibuat dalam suasana ruang muka bumi Malaysia dan saling mengenali aset sesama gedombokan itu. Inilah hasil kerja tangan Umno-BN
PAS juga perlu sedar, apabila terdesak, kestabilan dan keselamatan negara hanya memerlukan pengiktirafan Rang Undang-undang Majlis Tindakan Ekonomi (RUU MKN) 2015.
Umno telah pun mengambil langkah menjamin kestabilan negara yang hakikatnya kestabilan Umno itu sendiri. PAS jika perlu bakal dikorbankan Umno apabila cita-citanya tercapai menggunakan RUU MKN ini seperti yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan Ops Lalang.
Maka manfaat menasihati Umno-BN yang cuba disampaikan PAS bakal hanya menjadi ucapan yang dibanggakan.
2. Apakah Umno mendapat manfaat?
Sudah terang dan pasti jawabannya Ya.
Sokongan Melayu sentiasa menjadi deposit tetap Umnoo di dalam pilihan raya.
Apabila prograam sepentas Umno-PAS menjadi realiti, maka ia menguatkan persepsi Umno pembela terkuat Melayu sungguupun ia belum pasti serius membela Islam.
Bukti ia serius membela Islam ialah kesanggupan mengotakan janji kepada PAS bagi membentangkan Akta 335. Setakat ini ia kekal menjadi helah Umno-BN.
Dalam kelemasan diasak dengan isu RM2.6bilion, 1MDB, isu Al-Tantuya, hutang negara, YaPEIM, kegagalan mengekang kenaikan kos sara hidup, kegagalan mencapai ekuiti bumiputera 30 peratus, isu kelemahan nilai tinggi dan sebagainya, huluran tangan PAS pasti amat melegakan.
Maka kita lihat bagaimana perjuangan PAS akhirnya dibentangkan dengan karpet merah dan liputan utama dalam Utusan Melayu hari ini. Umno kini meredhai PAS.
3. Apakah rakyat mendapat manfaat?
Rakyat mengharapkan tindakan dan jawapan kepada isu-isu yang masih lagi tidak diperjelaskan kepada rakyat.Jika kerjasama ini memberikan jalan perubahan positif terhadap isu berkenaan maka ia bermanfaat.
Jika tidak, ia hanya langkah sumbang PAS memberikan nafas lega kepada Umno bagi meneruskan agenda menghimpit rakyat dan menguntungkan diri sendiri.
Kesimpulannya
Umno yang bakal mendapat manfaat hasil pementasan Umno-PAS dan rakyat akan terus terhimpit kerana sokongan PAS ini.

5 comments:

  1. sy yakin hadi haron ni sleeper agent umno dr dulu lg. pernah tak hadi dipanggil ke balai utk soal siasat berkaitan amanah hadi?

    lain pula dgn geng pro yg kena tendang setandan dr pas, yg puas dikasari polis kena lokap isa mandi asid gas pemedih mata dsb.

    hadi tak pernah kena cuit pun dgn sb.

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah.....pencacai DAPig Imayam dah gelabah bila TGHH dengan Najib sepentas, rilek bro jangan gelabah biawak. PAS dan UMNO tidak akan bergabung, yang bergabung hanyalah syiar Islam yang dibawa PAS. TGHH adalah seorang berprinsip, yang terbaik untuk umat Islam itulah yang menjadi agenda utama PAS.....kahkahkah gelabah betul admin dan pencacai DAPig Imayam.

    ReplyDelete
  3. Anon 11:01 PM

    Hahaa........PAS dan UMNO belum akad nikah lagi tapi Cainya dah bernada UMNO!
    DApig adalah nada ratib UMNO......hehee baguslah tu

    Sebenarnya tak siapa pun dari kami yang gelabah.......yang kami nak tengok siapa yang tertipu dan siapa yang akan terjun lubang taik!

    Dan......rakyat bersedia siapa yang akan dihumban dalam PRU14 nanti

    ReplyDelete
  4. Anon 11 mcm wan roli je...sekarang nk tanya skt fatwa apa hadi nk vckap bila join unnno...prinsip taik kucing ala babi yg di pegang...apco tu islam ker...bodoh sanmpai liang lahad

    ReplyDelete
  5. pru nanti pas takkan lawan barisan .mereka dah kawan
    ahli pas pikir sendiri nak undi apa ---nampak pan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa