Imbas kembali susur cerita sebenar
CERITA YB MD ALWI CHE AHMAD KEKAL SAMA, HJ HADI YG BERKEHENDAK BENTUK KERAJAAN PERPADUAN DGN UMNO, KETEPIKAN TOK GURU NIK AZIZ
Hormat semua. Pagi ini tertengok dan terdengar ceramah Adun Kok Lanas Sdr Md Alwi Che Ahmad dalam klik video dalam wall Hj Hashim Omar yang menceritakan macam mana dia bantu membawa Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Timbalannya ketika itu Nasharuddin Mat Isa masuk berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana.
Kata Alwi beliau membantu Pas kerana atas permintaan Pas yang ingin berjumpa dengan PM Pak Lah bagi membincangkan masalah Melayu kemudian menubuhkan kerajaan Perpaduan, dengan Pas bersama Umno.
Cerita Alwi orang yang menghubungi beliau untuk buat temu janji dengan Pak Lah ialah Salahuddin Ayub yang ketika itu Naib Presiden. Katanya dia tanya Salahuddin siapa yang suruh, jawab Salahuddin, bosnya (presiden).
Menurut Alwi, Salahuddin mintanya membantu kerana sudah lama cuba untuk jumpa PM tetapi tidak berjaya. Lalu katanya dia bagi jaminan untuk mempertemukan Hadi dengan Pak Lah demi kepentingan Islam dan Melayu. Presiden Pas dan Timbalannya itu masuk ke Putrajaya dengan menaiki kereta Volvo Alwi. Tidak disebut apakah Setiausaha Agung ketika itu Mustapa Ali ikut sama atau tidak? Boleh jadi Mustapa ditinggalkan dipintu pagar dan hanya memonitor dari jauh sahaja.
Menurut Alwi perjumpaan itu berlangsung panjang dari Asar sampai Maghrib, dan sempat berjemaah. Sebelum berjumpa Pak Lah, Hadi ditempatkan di perpustakaan di pejabat PM dijamu dengan pisang goeng dan air.
Antara butiran perjumpaan itu, Hadi mengemukakan cadangan supaya menyegerakan menubuhkan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu dan Islam. Pak Lah bertanya kepada Hadi macam mana dengan Nik Aziz (Tokguru). Hadi menjawab mengikut versi Alwi itu, "kita tinggalkan Nik Aziz."
Pak Lah teralat dengan ucapan dan kata-kata Hadi itu dan mentakwilkan Nik Aziz tidak boleh ditinggalkan sebab dia Mursyidul am Pas, dan orang tua. Lantas dibalas jawab oleh Hadi, "dia tak datang mesyuarat, kalau datang pun dia tidur". Astaghafirullahadzim.
Demikian cerita Alwi dan saya berharap sangat Alwi tidak menokok tambah cerita ini, kerana tidak sampai hati saya mendengar seorang pemimpin Pas yang lain menghina dan merendahkan pemimpin yang lain. Versi ini juga diceritakan Alwi kepada saya semasa kami di Makkah tahun 2014 dan ia tidak berubah.
Dengan cerita Alwi ini, persoalan dibangkitkan Husam Musa terjawab dengan kemas, bahawa dakwaaan Husam yang kemudian cuba hendak dinafikan Mustafa Ali itu tidak perlu diperpanjangkan lagi. Alwi adalah saksi akil baligh dan cukup syarat (mukalaf) untuk diterima sebagai mengesahkan pendedahan Husam yang dianggap sebagai satu fitnah itu.
Saya hendak tegaskan di sini, dari prinsip saya, cadangan atau hasrat Haji Hadi untuk mempersatukan Pas dengan Umno itu baik atas maslahat ummah dan agama. Cuma apa yang jadi masalahnya, agenda yang baik itu dilakukan menerusi pintu belakang, tanpa dimaklumkan secara berterus terang kepada pimpinan yang lain.
Sebab itulah sesuatu niat yang baik itu kalau tidak bijaksana melaksanakannya akan gagal dan menimbul fitnah besar kemudian membawa musibah pula kepada parti dan perjuangan. Dan apa yang sedang dialami oleh Pas kini adalah kerana kelemahan tindakan pemimpin berkenaan. Walahu'alam, dan sejarah kena ditulis dengan penuh kejujuran.
MOHD SAYUTI OMAR
12 Nov 2015
Lantas dibalas jawab oleh Hadi, "dia tak datang mesyuarat, kalau datang pun dia tidur".
ReplyDeleteBegitulah hinanya Arwah Tuan Guru Nik Aziz dari mata Hadi Awang. Yang peliknya Nik Abduh bermati-matian menyokong Hadi Awang. Adakah Nik Abduh ni seorang anak yang dayus? Tiada kasih kepada seorang ayah? Atau anak yang tidak mengenang untung kerana telah kenyang diberi rasuah oleh UMNO? Akhir sekali nasihat untuk Nik Abduh, kalau nak simpan jangut tu biarlah materialnya serupa jangut dan bukan seperti bulu ketiak.
Setuju ayat yg last tu..
DeleteKah kah kah
tak lama dah pas--marilah bersama si bijak
ReplyDeleteBerpandukan riwayat ini serta kejadian2 yang berlaku didalam PR sewaktu kewujudannya, kita dapat mentafsirkan bahawa kemasukkan PAS kedalam PR bukanlah bertujuan untuk mendapatkan Putrajaya tetapi hanyalah untuk menguji serta mempergunakan PR untuk kepentingn PAS. Maka apabila PAS mendapati bahawa PR berupaya serta berkemampuan untuk hampir merampas Putrajaya dari tangan UMNO berserta hakikat bahawa PKR dan DAP mampu mengaut laba politik yang amat besar dari kewujudan PR, PAS atas dasar "Islam itu melayu" berusaha untuk mengekang pergerakan serta kemajuan PR. Prinsip PAS iaitu "islam itu melayu" adalah ideologi yang sama dengan ideologi yang digunakan oleh UMNO untuk menipu umat melayu iaitu "Ketuanan Melayu".
ReplyDeleteDan apabila melihatkan pelbagai usaha2 sabotaj dan khianat yang dilakukan (oleh PAS) gagal memjejaskan populariti PR dimata rakyat (akibat wujudnya golongan2 yang yakin serta istiqamah kepada PR didalam PAS), maka PAS merasakan tiada cara lain untuk menyekat PR melainkan meruntuhkan dasar PR iaitu "negara berkebajikan dan keadilan untuk semua" (dimana hukum hudud itu duduk dibelakang kepentingan kebajikan rakyat). Untuk tujuan itu, maka isu hudud dihidupkan semula dan bara2 yang sudah hampir padam apinya disumbah dengan minyak petrol iaitu dengan PAS Kelantan bertekad untuk melaksanakan hudud di Kelantan melalui RUU persendirian Hj Hadi. Keikhlasan atau lebih tepat lagi, ketidak ikhlasan PAS berkenaan undang2 hudud dapat dilihat melalui ketiadaan usaha atau niat untuk melaksanakan hudud di terengganu (yang pada ketika itu diperintah oleh PAS, Hj Hadi sebagai MB) dan juga ketiadaan langsung cerita2 malah ura2 untuk hudud dilaksanakan diKedah, juga dibawah tadbiran golongan2 yang mengaku sebagai alim ulamak Islam.
Oleh itu sudah sepatutnya kita rakyat dan pengundi berasa ragu serta berwaspada dengan permainan politik PAS yang bukan hanya tidak ikhlas untuk memperjuangkan hasrat serta kepentingan rakyat malah mereka juga tanpa ragu2 boleh mengkhianati amanah serta undi yang telah diberikan rakyat kepada mereka (asal sahaja kepentingan pemimpin2 mereka serta ideologi konar baring mereka diutamakan). Episod UG atau kerajaan gabungan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah usaha2 pemimpin2 PAS meraih keuntungan dunia dan penggabungan dengan UMNO bukanlah untuk kepentingan melayu bahkan jauh pula dari kepentingan Islam.
UG ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha2 golongan yang tamak dunia dan kedudukan, yang berasa amat takut jika mereka juga akan mati tanpa mendapat apa2 laba pun dari "perjuangan" mereka didalam PAS sebagaimana apa yang dilalui oleh ramai pimpinan2 PAS yang telah kembali ke Rahmatullah, terutamanya Almarhum Ustaz Fadhil Noor, TG Yusof Rawa, Ustaz Taib haron, TG Nik Aziz dan ramai lagi. Golongan2 ustaz2 muda didalam PAS tidak mahu menjadi seperti pimpinan PAS tersebut yang tidak medapat kedudukan, jawatan, pangkat serta kemewahan dunia sehingga akhir hayat mereka. Golongan2 ustaz2 muda didlam PAS sekarang ini adalah golongan yang berjuang demia laba dan keuntungan bukan demia Islam mahupun negara. hakikatnya PAS yang diperkudakan oleh ustaz2 muda ini bukanlah PAS yang dahulu sebagaimana UMNO yang berada ditangan Najib bukanlah UMNO dahulu. Oleh itu penggabungan antara PAS dan UMNO bukanlah sesuatu yang ajaib bahkan ianya sesuatu yang boleh diduga apabila kedua2 parti ini sudah dikuasai oleh orang2 yang tamak serta cintakan dunia.
Nick.
Cape Tiger.
Benarlah hj hadi seorang munafik kerana kerap berbohong. Bermacam-macam pakatan cuba dibuat di belakang tabir....mahu lantik tengku razaleigh jadi PM jika PT menang PRU 13. Cuba bermuafakat dengan Pak Lah untuk membentuk UG. Cuba merampas kerusi MB Selangor dari PKR apabila TSKI diturunkan....
ReplyDeleteApa yang ditulis oleh saudara Nick patut diperhalusi kerana ianya benar-benar menyentuh minda. Tiada apa yang perlu diulas kecuali satu perkara. Kalau perkara perjumpaan dengan Pak Lah itu benar semoga orang yang telibat dan menafikannya mendapat kudis dibibir mereka!! Amin.
ReplyDeleteAku nasuk pas kerna aewah tok guru nik aziz...bkn hadi awang yg pendek akal tu...skrng aku keluar pas...masuk anmanah....tgk muka hadi nmcn najib la....
ReplyDelete