Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 18, 2015

UMNO-PAS: Jurunikah akan dilantik?

Adakah isu ini juga dicipta untuk alih perhatian terhadap kemelut yang dihadapi Najib?
Dan PAS dijadikan alat atau setuju diperalatkan (subahat) beretorik?

Apa pun pun yang terjadi sepatutnya rakyat biasa yang bukan menjadi ahli kepada mana-mana parti yang terlibat tidak ambil kisah. Kerana apa saja yang terjadi nanti keadaan politiknya tetap sama kepada rakyat........tidak akan merubah kesusahan rakyat malah mungkin BN akan semakin degil dengan sokongan PAS

J/kuasa untuk temukan pemimpin PAS, Umno di satu pentas


Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.
Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.
"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, Insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.
"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.
"Kami akan mengenal pasti "tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.
Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik oleh Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan dua pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.
"Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ketiga yang diwakili ulama dan cendiakawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.
"Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendiakawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat," katanya.
- Bernama

2 comments:

  1. tahniah kpd geng2 azhar yg jd agen umno dlm pas. anda telah berjaya ranapkan pas.

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd geng2 azhar yg jd agen umno dlm pas. anda telah berjaya ranapkan pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa