Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Puuh......selama ini rakyat menganggap pendiriannya berbeza!

Saya tak akan tutup mulut kerana jawatan AmanahRaya, kata Sabbaruddin
OLEH MD IZWAN
Published: 15 February 2016 6:56 AM
Tan Sri Sabbaruddin Chik yang baru dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad nafi jawatan tersebut diberikan untuk menutup mulutnya selepas pendedahan skandal hutang Bank Rakyat 2 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.

Tan Sri Sabbaruddin Chik yang baru dilantik pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkata beliau akan terus mengkritik kerajaan menafikan jawatan tersebut diberikan untuk menutup mulutnya selepas pendedahan skandal hutang Bank Rakyat 2 tahun lalu.

"Tidak jadi masalah, kalau ada salah, saya gasak juga," katanya yang menjadi tumpuan pada 2014 apabila mendedahkan skandal itu melibatkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan orang kuat Umno.

Sabbaruddin, pengerusi Bank Rakyat ketika itu, mendedahkan bagaimana peniaga usahawan permaidani, Deepak Jaikishan cuba membayar pinjamannya menggunakan 120 “backdated cheque” (cek undur tarikh).

Pengkritik mendakwa Deepak mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam temu bualnya dengan The Malaysian Insider, Sabbaruddin menafikan cakap-cakap yang jawatan baru di AmanahRaya itu merupakan satu cara menutup mulutnya susulan skandal Bank Rakyat itu.

Sabbaruddin mengakui tawaran tersebut dibuat Najib sendiri, namun menyifatkan ia bukan isu besar kerana beliau tidak mempunyai masalah dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Beliau menegaskan hanya tidak berpuas hati dengan Deepak yang mengakibatkan penyingkirannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

"Saya tidak mempunyai isu atau masalah dengan Najib. Saya hanya mempunyai masalah dengan Deepak.

"Saya hanya mengkritik kerana peranan Deepak semasa isu hutang Bank Rakyat dulu," katanya.

Sabbaruddin berkata, sebelum dilantik pengerusi AmanahRaya, pihak Agro Bank juga pernah menawarkannya jawatan pengerusi, tetapi kes mahkamah yang sedang berjalan menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meluluskan pelantikannya.

Mengulas mengenai jawatan yang diterimanya, Sabbaruddin yang juga bekas setiausaha agung Umno itu berkata, beliau tidak dapat duduk diam dan memandangkan kesihatannya masih mengizinkan untuknya bekerja, beliau menerima jawatan tersebut.

"Saya tidak cara (tidak boleh duduk diam). Boleh saudara bayangkan selama ini saya sentiasa bekerja tetapi tiba-tiba saya tidak bekerja selama setahun lebih.

"Saya ini orang yang sentiasa bekerja, tidak boleh duduk diam," katanya.

Skandal Bank Rakyat dibongkar Sabbaruddin selepas kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April, 2014 dan tidak disambung atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.

Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan ketika itu, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat itu.

Skandal Bank Rakyat RM32 juta tersebut mendapat perhatian ramai tahun, malah Sabbaruddin bersama seorang penulis blog, Shahbudin Husin menerbitkan buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat".

Dalam buku tersebut, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan Deepak dalam skandal Bank Rakyat dan dakwaan hubungan beliau dengan isteri perdana menteri.

Malah, Deepak kemudian juga membuat injunksi di mahkamah bagi menghalang buku tersebut daripada terus dijual dan disebarkan kepada umum. – 15 Februari, 2016.

3 comments:

  1. Pirah mabuk! Mulut busuk ni boleh percaya ke? Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Bro. Kritik bole jugak. Tp fulus mau jaga maa. Nnti dapor takde asap. Bukan mau kerja sangat. Haha

    ReplyDelete
  3. Takde beza pon... balaci, pondan... lok

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa