Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Pada aku kata-kata Mahathir ini kelakar dan sinis!

Orang Islam yang baik?

Mahathir cabar AG sumpah junjung al-Quran
mk - Hari ini, 12:23 tengah hari
Peguam negara harus bersumpah dengan al-Quran bahwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah, cabar Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.
“Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah kuat perkara lain pula.
“Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk,” kata Mahathir.
Tiga minggu lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukanw ang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Beliau juga mengarahkan kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil.

2 comments:

  1. Pelik sungguh, letiiiih! Apa apa je la Madey. Yang penting ko lawan si Pandir tu. Kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Artikel 145 (3) x der sebut pasai AG kena sumpah dgn Al Quran kalau dia x mau dakwa sapa2. Mamak tua jgn nak buat lawak antarabangsa plok. Takut nanti urang kata Mamak tua dah mamai. 23 taun jadi PM x penah minat dgn Quran tp bila jadi memanda tua ni tiba2 jer nak pakai Quran bagai, apa hal????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa