Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, February 15, 2016

Amanah mendapat 'tonik' baru

Enam tokoh akademik diketuai Dr Hasan Baharom sertai Amanah
15 Februari 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom bersama lima lagi tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.

Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.

Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh akademik yang lain.

“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada pemberita.

Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.

Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.

Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof  Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan.

Anuar berkata, akan ada lagi tokoh-tokoh akademik yang akan menyertai Amanah secara berperingkat.

“Ini merupakan gelombang kedua kemasukan tokoh-tokoh penting ke dalam Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September lalu dan ada lagi yang akan membuat pengumuman menyertai Amanah,” katanya.

2 comments:

  1. Dalam amanah banyak tokoh2..
    Dalam pas banyak tokong..
    Ketara tu..

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn bro hud hud. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa