Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2016

Silap mata 'gampang': Brehem Ali pun nampak!

Bawa pekerja Bangladesh untuk buat duit cara kilat? soal Perkasa
12 Februari 2016 | MALAYSIA DATELINE


Ibrahim AliIbrahim AliPerkasa mempersoalkan langkah kerajaan membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini dan membangkitkan tuduhan umum bahawa ia dibuat bagi mendapatkan keuntungan segera di kalangan orang politik.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini dalam tempoh tiga tahun mengejutkan rakyat.
"Sudah pasti rasionalnya adalah Malaysia kekurangan pekerja dan dari aspek pembangunan serta ekonomi. Wajar atau tidak, isu membawa masuk 1.5 juta Bangladesh boleh didebat tujuh hari tujuh malam.
"Tuduhan pertama ada pihak nak buat duit secara kilat dan tidak sedikit kerana komisyennya yang lumayan. Ada yang mengatakan "perniagaan hamba abdi". Kuotanya diagih-agih kepada penyokong politik yang terdekat dengan pembuat keputusan," tegasnya.
Beliau mempersoalkan kewajaran membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dan menyifatkannya sebagai "forward selling" kuota saperti menjual kawasan balak yang belum ditanam.
"Kesan keselamatan dan berbagai implikasi pasti timbul dan cuba bayangkan dengan jumlah yang sudah sedia ada dalam negara sama ada yang datang cara halal atau haram.
"Kes jenayah tidak sedikit sudah berlaku sebelum ini. Industri memang cenderung ambil pekerja asing kerana gaji murah. Malah dari hotel sehingga warung ambil pekerja asing," tambahnya.
Beliau turut mempersoalkan pekerja asing yang tidak tahu berbahasa kebangsaan dan kesannya kepada kadar pengangguran di negara ini.
Sehubungan itu, ujar beliau Perkasa menggesa kerajaan menangguhkan keputusan membawa masuk pekerja Bangladesh sebelum kajian dan maklum balas dari semua pihak dibuat.
"Mungkin kertas dasar sudah disediakan, tapi sudah diolah untuk kelulusan. Ini perkara besar yang boleh memberi impak kepada negara pada masa akan datang.
"Jangan hanya mendengar kehendak atau pendapat pihak industri sahaja. Rakyat biasa juga berhak memberi pendapat atau membantah. Semuanya dilihat dari segi ekonomi semata mata," katanya.
Beliau juga menuntut hasil proses pemutihan pekerja asing empat tahun lalu membabitkan jutaan pekerja asing yang tinggal lebih masa dan tiada permit kerja didedahkan.
"Apakah kempen tersebut berjalan dengan baik atau sebaliknya? Kalau berjalan baik maknanya sudah ramai diputihkan dan diberi permit kerja dan pastinya mencukupi.
"Jika tidak berjalan dengan baik, ke mana mereka sekarang. Pastinya masih ada dalam negara ini lagi. Mengapa tidak teruskan program pemutihan seperti itu dengan penambahbaikan proses bagi memudahkan mereka mengikuti proram itu," soal beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.
Jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan, kenyataan KDN dilapor Bernama

7 comments:

  1. duit kilat semua mau jadi penjilat
    apalagi musibah akan Allah timpakan pada negara ni
    nmapak aman tapi penuh dangan kerja maksiat
    puak 'Ad dan Samud telah diberi kelebihan akal yang tajam oleh Allah tapi hidup ikut syaitan
    akhirnya dimusnahkan tanpa tinggal satu baka pun
    ya Allah jauhi kami dari akibat tindakan puak yang melakukan kerusakkan
    diatas muka bumi Mu ini

    ReplyDelete
  2. Duit derma dah pulangkan balik jadi mana nak cari duit untuk digunakan untuk membeli "kesetiaan dan iman" orang melayu melainkan dengan menggadaikan masa depan orang2 melayu serta menjual kedaulatan negara. Membawa masuk pendatang2 asing ni bukannya kecik jumlah duit yang sedang menanti bahkan ianya berjumlah berbillion. Maka janganlah harap UMNO akan membatalkan hasrat mereka ini kerana bagi mereka duit itu adalah tuhan dan orang melayu semuanya "layu" dengan duit.

    Cash is king dan orang melayu lupa agama dan iman bila nampak duit dihulur didepan mata. Jadi lupakanlah angan2 mat jenin yang konon2nya orang2 melayu lah yang akan mmengembalikan kegemilangan Islam. Sedangkan nak humbankan pemimpin yang korup tu pun tak larat sebab takut nak korban duit BR1M, inikan pulak nak korbankan jiwa dan harta untuk Islam. Sudahlah wahai melayu, kamu sekarang ni dilihat sebagai bangsa yang hina iaitu bangsa yang ketagih rasuah. Sedangkan bangsa yang tak beriman kepada Allah pun benci kepada rasuah tapi melayu yang kononnya "islam dan alim" langsung tak kisah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ini pun banyak kawasan dipenuhi dengan pendatang. APA yg kerajaan buat. Kalau Ada operasi pun semàcam bermusim. Pendatang pun Tak heran dengan penguatkuasa. Apa nak jadi dengan negara ni ..
    Tak ada negara lain yang pendatang haram yg boleh sesuka hati boleh pergi kemana saja. Malaysia saja yg boleh..
    Kalau betul2 dikuatkuasakan undang2, berjuta RM kerajaan boleh kutip dari penalti. Tapi janganlah ada bermusim atau "bocor" sana sini ..

    ReplyDelete
  4. Ingin menambahkan pendapatan anda?yang ini tidak perlukan modal dan juga TANPA TENAGA MAT BANGLA,janji anda mempunyai internet untuk bekerja di rumah.ingat!!Tanpa MODAL..anda perlu KLIK DI LINK DISINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943.SELAMAT BERJAYA SEMUA.

    ReplyDelete
  5. Tuan,
    Gue setuju dgn tulisan Nick 8.44pm. Kehinaan yg di hamborkan ke atas orang Melayu sangat dahsyat. Presiden Zuma dari Afrika Selatan di tuntut berundur kerana dikatakan menggunakan 20 juta dolar biaya awam untuk mengubahsuai rumahnya. Rakyat Afrika Selatan keluar dgn berani ke jalan2 raya bergasak dgn pihak berkuasa....
    Banding dgn Malaysia, biaya yg terlibat, jauh lebih besar, namun rata2 rakyat pilih untuk berpeluk tubuh. Lantaran itu, bermacam selingkohan bertimpa timpa, dan yg terbaru rancangan pengimpotan 1,500,000 Bangla, untok membanjiri negeri malang ini, buat menambah barah lambakkan yg sudah sedia ada dan curahan (remittances) wang yg dihantar keluar ke negara asal. Rata2 mereka yg datang adalah dari kalangan lelaki muda yg di puncak tenaga batin (tak salah gue pengikut mazhap Hanafi tidak menggalak kaum wanita mereka keluar kawasan rumah, jauh sekali untuk ikut merantau ke negara asing) dan saringkan pula dgn kemasukkan pelancong China yg dipermudahkan (tanpa visa), timbullah percambahan rumah urut dan gejala G.R.O. dan gejala buang bayi dan gejala anak 'tidak sah taraf' di kalangan wanita2 tempatan yg kini merupakan semakin tidak diendahkan atau kurang 'news value' atau 'nilai berita'.
    Sungguh bangsat bangsa Melayu. Hanyasanya Islam sajalah yg memuliakan sesuatu kaum.

    ReplyDelete
  6. Saudagar Unta Dari CairoFebruary 12, 2016 at 11:23 PM

    Apa nak pelik? Pemerintahan ala komunis amno yang memaksakan kehendak pihak atasan kepada rakyat yang telah berjalan sekian lama takkan brahim katak tak perasan? Nak bawak masuk banggla ni pun seiras macam pemerdagangan manusia secara terhormat je aku tengok. Meniaga orang lagi untung dari meniaga unta.. WOW!

    ReplyDelete
  7. Dlm keadaan ekonomi yang lembab pun masih memerlukan tenaga pekerja tambahan?.....pelik pelik....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa