Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2016

Aneh, siapa yang nak dilindunginya?

Kami setia, maka kami bongkar!
Posted on Tuesday, February 09 @ 23:47:11 MYT by paktam
Oleh Faridz Ridzwan

Geleng kepala kita apabila mendapat tahu mengenai cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi menghukum orang membocorkan rahsia dan wartawan yang melaporkannya.

Tak cukup dengan itu, Peguam Negara juga mahu penolong pengarang, pengarang dan pengarang kumpulan atau ketua pengarang kumpulan media dihukum seberat-beratnya kerana melaporkan rahsia yang dibocor.

Katanya, pembocoran rahsia boleh memudaratkan kerajaan dan tidak menolak kemungkinan kerajaan boleh tumbang dek kerana kebocoran rahsia itu dan oleh kerana itu, pembocor dan wartawan serta kumpulan media yang melaporkannya hendaklah dihukum, termasuk hukuman penjara seumur hidup dan rotan.

Sampai begitu sekali rupanya berat kesalahan pengamal media sekiranya melaporkan pembocor rahsia kerajaan, seolah-olah kita wartawan cabuk ini salahnya sama dengan membunuh tanpa niat.

Baiklah, pinda sahaja undang-undang itu dan tutup ketat mulut wartawan dan pembocor rahsia kerajaan, namun apa akan berlaku dengan integriti kerajaan nanti?

Kita berani cakap, bahawa pindaan undang-undang sedemikian hanya menjejaskan institusi penguatkuasaan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan.

Tak percaya? Wartawan memainkan peranan amat besar dalam memberi, menyalur dan menghebahkan maklumat termasuk maklumat yang dikategorikan sebagai ‘rahsia’ dan agensi penguatkuasaan sangat memerlukan maklumat sedemikian untuk tujuan siasatan, semak dan imbang supaya jentera pentadbiran kerajaan kekal telus, berjalan lancar dan tiada salah guna kuasa, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Kerana itulah agensi penguatkuasaan kerajaan ini lazimnya akan bekerjasama rapat dengan wartawan dan sentiasa memantau laporan berita yang disajikan supaya memperoleh maklumat. Maklumat yang diperolehi daripada laporan berita akan disemak dan disiasat dan sekiranya tiada kes, maka siasatan digugurkan. Jika ada kes, kertas siasatan yang siap diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

Pendek kata, wartawan memudahkan kerja abang polis, pegawai SPRM dan kakitangan penguatkuasa lain dalam menjalankan tugas, yang mana mungkin kekurangan kakitangan atau terdapat sekatan tertentu atas faktor kerenah birokrasi.

Andainya wartawan melaporkan maklumat yang dibocor itu, didakwa sebagai rahsia negara, biarlah agensi penguatkuasaan siasat dan pihak yang ‘termakan cili’ itu berikanlah kerjasama. Kalau tidak buat salah tak usah takut. Wartawan tidak bodoh dedahkan rahsia negara sewenang-wenangnya. Wartawan tengok dahulu maklumat itu sebelum ia dilaporkan.

Lagi pun undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang kebocoran rahsia yang memang sensitif untuk negara, misalnya senjata pertahanan kita. Undang-undang bagi membendung wartawan tidak beretika juga ada seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perlindungan Saksi, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan macam macam lagi. Semuanya ada.

Tak perlu Peguam Negara pinda undang-undang dan mengetatkan lagi hukuman yang mana kesannya amat besar kepada negara. Kena ingat, pindaan undang-undang menghadkan kebebasan bersuara mempunyai implikasi ke atas dasar negara, anggapan pelabur luar dan persepsi politik. Memang akan memakan diri kelak.

Kerajaan bila-bila masa boleh bertukar, yang penting institusi kerajaan itu kerana ia kekal selagi Malaysia tercinta ini wujud. Rahsia kerajaan bocor itu adalah kerana kelemahan kerajaan dan institusi kerajaan bertanggungjawab memperbetulkannya. Kita wartawan ini hanya menolong institusi kerajaan memperbetulkan kerajaan kerana SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA.

1 comment:

  1. Aundek tu power

    Ada juta juta lah

    Mesti MASYOOOKKKKKKKKK

    Pundek ahhhhh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa