*JANGAN FIKIR RAKYAT AKAN TERMAKAN PROPAGANDA REGIM & PROKSI.*
*SOSMA 2012* (dan dulunya ISA) seringkali menjadi "Senjata" kepada mereka yang Lemah dan gagal Berhujjah.
Menundukkan lawan dalam satu "pertarungan tidak seimbang" ; di kala mata & mulut ditutup sedang kaki dan tangan diikat sudah menjadi kelaziman dan tabiat regim dan proksi.
Pada masa yg sama juga mereka tetap terus usaha "mencuri pukul", memaksakan pengakuan itu dan ini di pihak lawan melalui pelbagai strategi dan taktik "mental torches" di kala seseorang diasingkan jauh daripada dunianya.
Semalam mendengar berita di #TV3suku, ketika mulut IGP mengatakan bahawa Maria Chin sendiri mengakui pernah menerima dana bantuan OSF, saya langsung tersenyum dan hati berkata "rupanya engkau ini sama jahat dengan mereka".
Saya genggam jemari saya dan berbisik pada diri, "Jangan sama sekali engkau jual jiwa mu dan maruah mu kepada syaiton yang bertopengkan manusia!"
Saya kira secara perbandingan, pondan/ mak nyah/ bapuk (sengaja memberi contoh mereka yang sering dipersendakan ini), pun jauh lebih kuat dan baik daripada regim & proksi yang terpaksa berselindung di sebalik "senjata" Akta SOSMA dan pelbagai akta drakonian yang lain guna untuk menundukkan lawan apatah lagi dia itu adalah seorang Wanita. Memalukan.
Di tangan Maria hanya ada pena. Mindanya mekar dengan pelbagai idea membina dan memperkukuh jati diri setiap warga. Setiap UNDI rakyat baginya adalah sama setara. Hatinya penuh cita dan cinta untuk negara berdaulat terus bangkit menganyam sejahtera untuk hidup seluruh rakyat jelata tanpa kira siapa.
Maria Chin - seorang wanita cekal dan tabah. Satu-satunya "kesalahan" Maria adalah kerana memiliki keberanian dan iltizam menjadikan Malaysia lebih baik untuk semua rakyat. Berani bangkit memimpin perjuangan masyarakat sivil Malaysia untuk menuntut Demokrasi dan Hak Asasi rakyat menikmati satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang BERSIH dan adil.
Maria tidak keseorangan, dulu kini dan selamanya. In shaa Allah. Allah akan bersamanya seiring keyakinan padunya pada agama.
Rakyat tidak akan tunduk dan tidak akan termakan dengan propaganda jahat dan licik regim & proksi.
Hari ini, sudah 6 hari Maria cuba dipisahkan daripada perjuangan yang menjadi tarikan dan hembusan nafasnya. Regim bertujuan melemahkannya dan melemahkan kita. Tapi ingat, setiap saat dan detik ini akan hanya menjadikan kita semua lebih kuat dan bersatu menghadapi regim.
Tiada yang akan kekal berkuasa selain Allah.
Allahul musta'an.
#BebasMaria
#MansuhSOSMA
#Bersih5
*AIMAN ATHIRAH AL JUNDI*
24 November 2016

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa