Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 25, 2016

Senggama politik PAS dan Umno: 'Win-win situation' atau PAS tadah kepala untuk dikencing?

Husam: Hadi beri petanda PRU sebelum Mac 2017
mk   -   24 Nov 2016, 4:26 petang
Penangguhan huraian berkaitan usul meminda Akta Mahkamah Syariah memberi petanda pilihan raya umum akan diadakan sebelum sidang parlimen Mac depan, kata Datuk Husam Musa.

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mendakwa, Umno berjaya menggantung isu 'perlaksanaan hudud' dan mewujudkan suasana sama menang (win-win) dengan PAS.

“Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan Umno, khususnya untuk PRU terdekat.

“Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan,” kata Husam.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini membentangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (akta 355), untuk menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun presiden PAS itu memohon huraian usulnya itu dibuat pada sesi akan datang.

Usul itu bertujuan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Dalam kenyataannya hari ini, Husam menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadan depan, sama ada Mac atau April.

Ini, katanya lagi, bagi mengelakkan usul meminda akta itu dibahaskan sehingga mengganggu 'keseimbangan' yang terwujud.

“PAS adalah rakan Umno- BN dalam permainan 'segi tiga' atau triangle equation sampai PRU.

“Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari,” kata bekas naib presiden PAS itu.

Husam juga berkata Umno mempunyai matlamat mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam parlimen dengan pertolongan PAS.

“Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU,” katanya lagi.

Beliau juga menjangkakan sebahagian pengundi beragama Islam akan terperangkap antara sentimen akta 355 dan “isu sebenar” seperti himpitan kos hidup, rasuah, hutang negara dan ancaman krisis kewangan.

* Sekarang PAS membawa mandat rakyat yang mengundi mereka atau memikul mandat Hadi dan UMNO?

1 comment:

  1. Idris Ahmad rela dikencing berkali2 oleh PAS..Skrg nie PAS nie dah minum air kencing UMNO cume belum makan tahi UMNO shj..kesian ahli bawahan PAS ditipu ole pemimpin munafikin agama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa