Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 27, 2016

Budaya samseng seolah-olah dilindungi

Budaya samseng seolah-olah dilindungi, kata Mohamad Sabu
27 November 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Mohamad Sabu ketika berucap pada majlis anjuran Awan yang dihadirinya malam tadi

Budaya samseng yang melampau sejak kebelakangan ini seolah-olah dilindungi oleh pemerintah, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

"Satu kejadian lagi Zunar diserang oleh pemuda Umno, seorang pun tidak ditangkap sebaliknya Zunar ditangkap polis. Ini satu trend baru yang kita lihat berlaku dan kita yakin ia akan lebih hebat menjelang pilihan raya," katanya sewaktu berucap di majlis Makan Malam Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) di perkarangan Wisma Amanah Negara, malam tadi.

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar ditangkap selepas mengadakan pameran kartun di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin pameran Zunar diganggu oleh sekumpulan 30 anggota Umno yang diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.

Mereka menendang dan merosakkan dua karya kartunis itu.

Rafizal memberi amaran anggota-anggota Pemuda Umno akan menggunakan kekerasan pada Zunar sekiranya beliau meneruskan pameran itu yang sepatutnya diadakan sehingga 2 Disember.

Menurut Mohamad, budaya samseng bukan sahaja berlaku di tempat awam namun menular hingga ke Parlimen.

Mengulas mengenai kejadian serangan ke atas ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Mohamad berkata ia sangat memalukan apabila bukan sahaja perang mulut berlaku namun kekerasan fizikal turut digunakan.

"Apabila Teresa Kok dipermain dalam parlimen kita lihat yang bangun mempertahan Teresa, Dr Hatta, Hanipa, Khalid Samad.

"Kemudian berlaku pertembungan dan diikuti dengan serangan yang dibuat ke atas khalid Samad.

"Banyak akhbar terutama akhbar bahasa Cina dan juga surat khabar yang lain meletakkan satu gambar menunjukkan betapa bukan lagi perang mulut tapi perang fizikal yang digunakan ke atas Khalid Samad dengan maki hamun amat memalukan.

"Undang-undang di tangan sendiri mula berlaku dan trend ini seolah-olah dilindungi oleh pemerintah," katanya.

Mohamad turut menegaskan, Amanah yang bersifat inklusif dan Rahmatan Lil Alamin akan terus membela orang yang teraniaya tanpa mengira kaum dan agama.

"Isu perkauman akan dimainkan terus dan kita akan melawan isu perkauaman ini dan apa yang berlaku dalam parlimen seorang Cina, DAP, Kristian dia dihina oleh orang Melayu dan sikap ahli parlimen kita membela wanita yang dihina itu.

"Kita membela orang yang teraniaya dan tertindas tidak kira apa latar belakang kaum dan agama mereka. Inilah satu sifat inklusif Amanah dan kalau bangsa kita melakukan rasuah dan sebagainya kita daripada Amanah akan tentang habis-habisan walaupun dia dari bangsa kita," katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat membuat kenyataan seksis terhadap Teresa dan ditentang oleh Khalid.

Berikutan itu berlaku perang mulut antara mereka yang membawa kepada serangan ke atas Khalid di perkarangan bangunan Parlimen.
Artis tanah air Aris Ariwatan yang turut hadir di majlis Awan bersalaman dengan Mohamad Sabu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa