Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 29, 2016

Khaled Nordin hanya mampu berucap tahap Jamal Sekinchan

Khaled Nordin ‘berceramah’ membuta tuli
28 November 2016 oleh Wong Shu Qi
Ucapan penggulungan Menteri Besar semalam adalah ucapan yang paling teruk dalam Dewan Negeri selepas Datuk Seri Khaled Nordin menjadi Menteri Besar Johor. Paling penting sekali, ucapan beliau tidak berasas fakta, malah, membuat tuduhan bukan-bukan yang berunsur perkauman.


Amat malang sekali, Menteri Besar telah memperalatkan peluang menggulung perbahasan belanjawan negeri dengan menjadikan ia sebagai pentas ceramah politik. Sebenarnya peluang tersebut patut digunakan sebagai platform bagi menerangkan dasar belanjawan dan strategi pembangunan negeri bagi tahun yang akan datang serta menjawab soalan-soalan Ahli Dewan terhadap dasar kerajaan.

Namun nampaknya, Khaled Nordin hanya mampu berucap tahap Jamal Sekinchan, membuat tuduhan palsu dan berbaur perkauman. Ceramah politik ini menunjukkan bahawa beliau cuma berminat untuk melindungi kesilapan besar bos beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

Dalam ceramah politik Khaled Nordin di Dewan Negeri tersebut, beliau sekali lagi menggunakan taktik lama UMNO dengan memburukkan imej DAP dengan tuduhan perkauman. Khaled Nordin menuduh DAP tidak menjaga kepentingan kaum Melayu dan India di negeri Pulau Pinang.

Pada masa sama, parti rakan UMNO, MCA sentiasa menyerang DAP kerana kerajaan Pulau Pinang menaikkan peruntukkan hal ehwal Islam, serta sekolah agama setiap tahun sejak 2008. Tambahan pula, DAP diserang oleh parti rakan UMNO kerana akan membina sebuah Hospital Islam yang pertama di Pulau Pinang.

Justeru, siapa yang cakap benar dan siapa yang menipu? Khaled Nordin ataupun kawannya MCA? Adakah Pulau Pinang menindas Islam dan Melayu seperti dituduh oleh Khaled Nordin ataupun terlalu mengikut telunjuk orang Islam dan Melayu seperti tuduhan MCA?

Serangan terhadap DAP sebenarnya menunjukkan bahawa UMNO Johor yang dipimpin oleh Khaled Nordin sudah bankrap idea dalam persaingan dasar. Justeru UMNO kembali membuat perkara yang mereka paling arif, membuat hasutan perkauman. Khaled Nordin patut berasa malu atas kegagalan beliau sebagai Menteri Besar dan seharusnya meletak jawatan.

Adakah Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan anti-Islam?

Mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta telah diperuntukkan untuk hal ehwal Islam di negeri Pulau Pinang pada 2009, RM39.60 juta pada 2010, dan seterusnya, RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014).

Semasa era pentadbiran BN sebelum 2008, peruntukan yang paling tinggi cuma RM25.49. Malah, BN ketika itu tidak pernah memberikan peruntukkan berkala satu sen pun kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng menyalurkan peruntukan kepada SAR sebanyak RM1.5 juta setiap tahun daripada 2008 sehingga 2009 sebelum ditambah kepada RM1.75 juta setiap tahun pada 2010 hingga 2014. Dengan peruntukkan tahunan ini juga, makmal sains dan makmal komputer berjaya didirikan buat kali pertamanya di SAR di negeri Pulau Pinang.

Semasa bulan Ramadhan tahun ini juga kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM15 juta untuk pembinaan Pusat Pendidikan Al-Itqan di kawasan Teluk Kumbar.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Lembaga Wakaf Hindu (Penang Hindu Endowments Board) telah menghulurkan biasiswa kepada pelajar-pelajar komuniti India yang memerlukan bantuan kewangan. Setiap tahun, sebagaimana SAR tadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan peruntukan berkala RM1.7 juta kepada sekolah Tamil.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan tanah untuk pembinaan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di Malaysia, tetapi malangnya usaha penubuhan sekolah dihalang oleh Khaled Nordin di peringkat pusat.

Sehingga tahun 60-an, terdapat lebih 1,000 sekolah Tamil di seluruh negara, namun jumlah itu tinggal hanya 523 buah ekoran dasar perkauman UMNO-BN.

Di bawah pentadbiran Khaled Nordin tiada peruntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) setiap tahun, tiada bantuan untuk Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) sehingga didesak dalam Dewan Negeri oleh barisan pembangkang. Manakala, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM8.5juta untuk semua Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian, SJKT dan Sekolah Katolik setiap tahun bermula tahun 2009.

Justeru, adakah Pulau Pinang meminggirkan kaum Melayu dan India dan memihak satu kaum sahaja?

Sebenarnya dasar kerajaan negeri Pulau Pinang amat jelas berasaskan nilai keadilan kepada semua. Rakyat Pulau Pinang pelbagai kaum dan agama dijaga melalui dasar ekonomi berkebajikan dan bukan perkauman seperti yang diamalkan oleh UMNO-BN. Nampaknya Khaled Nordin masih tidak mampu untuk melepaskan diri daripada pengaruh perkauman tersebut. Perbuatan beliau bukan sahaja mengecewakan rakyat berbilang kaum negeri Johor malah telah mengkhianati konsep Bangsa Johor. Beliau dalam ghairah melindungi kerajaan kleptokrat peringkat pusat pimpinan “Malaysia Official 1” (MO1) serta ingin menutup aib kerajaan negeri Johor pimpinan beliau sendiri yang telah gagal dalam persaingan dengan Pulau Pinang telah membongkok begitu bawah menyerang DAP dengan penipuan dan perkauman.

Ceramah politik beliau hanya retorik tanpa fakta, ini jauh berbeza dengan wibawa Menteri Besar Johor terdahulu mahupun Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya mengesyorkan kepada Menteri Besar agar belajar daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun Lim Guan Eng dan bukan dengan Jamal Sekinchan. – sumber

*Wong Shu Qi ialah Adun Senai

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa