Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 19, 2016

Selain dari Pemimpin PAS, ada ke lagi orang percayakan apa yang Raja putar alam ni tulis?

'Kick back' RM500 juta untuk PKR hanya lawak bodoh Raja Petra
18 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Raja Petra (kiri sekali) bersama para pemimpin Pas di kafe miliknya di Manchester, UK.

Blogger Raja Petra Kamaruddin hanya mereka-reka cerita karut kononnya PKR khususnya menteri besar Selangor menerima imbuhan (kick back) RM500 juta hasil daripada pengambilalihan syarikat konsesi air Selangor, Splash.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, dakwaan Raja Petra kononnya nilai Splash adalah RM250 juta tetapi ditawarkan sehingga RM2.75 bilion adalah tidak masuk akal apatah lagi PKR didakwa akan mendapat 'kick back' sebanyak RM500 juta.
"Saya tidak perlu mengetahui maklumat terperinci dengan segala angka-angkanya untuk memutuskan bahawa dakwaan RPK (Raja Petra Kamaruddin) adalah 'non-sensical' atau mengarut. Malahan boleh disebut dakwaan RPK lawak dan amat bodoh sekali.
"Adakah masuk akal, sekiranya harga Splash sengaja ditambah dari RM250 juta kepada RM2.75 bilion, iaitu pertambahan sebanyak RM2.5 bilion (RM2,500 juta), maka komisyen yang akan diterima PKR adalah hanya RM500 juta? Maka dengan itu pemilik Splash, Datuk Wan Azmi, akan mendapat RM2 bilion (RM2,000 juta) dengan begitu sahaja?
"Sedangkan kononnya kuasa penentu berhubung nilai untuk ditawarkan adalah dalam tangan Kerajaan Selangor bukan Splash. Maka apa lojiknya Datuk Wan Azmi perlu diberi RM2 bilion?" tulis Khalid dalam kolumnya di akhbar mingguan Amanah edisi terbaru.
Menurut beliau, jika repekan Raja Petra itu benar, segala risiko terpaksa ditanggung PKR bukan sahaja dari sudut undang-undang malah dari sudut politik yang akan mengakibatkan parti itu hilang kredibiliti dan kepercayaan rakyat.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menambah, adalah tidak masuk akal untuk PKR hanya mendapat RM500 juta dan pemilik Splash Datuk Wan Azmi Wan Hamzah memperolehi RM2 bilion hasil persetujuan yang didakwa Raja Petra.
"Tidakkah bodoh namanya itu? Ada putera Arab jugakah yang terlibat yang saja-saja nak beri RM2 bilion pada Datuk Wan Azmi?" ujarnya berseloroh.
Beliau seterusnya menasihati Raja Petra agar mereka cerita yang lojik dan boleh dipercayai jika bertujuan untuk menipu.
"Kalau dalam cerita tersebut RPK dakwa PKR akan menerima RM2 bilion dan Datuk Wan Azmi RM500 juta dari jumlah tambahan itu, lojik sikit. Kalau begitu barulah saya akan bertanya dan menyiasat. Tetapi dengan apa yang dikisahkan, sepintas lalu saya dah tahu ianya satu pembohongan.
"Oleh itu dakwaan RPK tak perlu dilayan. Buang masa baca kisah karutnya," ujar Khalid mengakhiri penulisannya.

1 comment:

  1. Adakah raja putar alam ini kaki tunggang? Jk ada tlg ambil gambar dia. Tlg jgn reka atau photoshop. Gambar asli sahaja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa