* Kalau tak gopoh konon, kenapa dibaca usul tapi hakikatnyamasih belum bersedia dan sengaja ditangguhkan?
Nak perbodohkan sape ni?
Hadi kata tangguh RUU 355 bukti Pas tidak gopoh
26 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan usul berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah hingga ke sidang Parlimen akan datang membuktikan Pas tidak gopoh, lapor Harakahdaily.
Ia juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya penangguhan RUU Akta 355 itu adalah kerana permainan Umno setelah berbincang dengan PAS.
“Itu tak betul, tak betul…bukan melengah-lengahkan. Itu untuk memberi peluang kepada penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul.
“Sebab, saya tidak bertindak dengan cara yang gopoh-gopoh. Kita beri peluang, masa baik.
“Sebenarnya, mereka hendak tutup di situ dengan undi di Parlimen. Itu tidak boleh, sebab undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia (Rafizi) hendak ‘bakar’ ke keamanan?
“Mereka ini hanya berfikir untuk kepentingan politik dan tak fikir untuk kepentingan agama. Kepentingan politik lebih tinggi dari segala-galanya,” jelasnya kepada media selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam, lapor lidah rasmi parti itu.
Beliau memberi reaksi itu bagi menjawab kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Parti PKR, Rafizi Ramli bahawa RUU Akta 355 itu telah ada perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk ditangguhkan pembentangan serta kelulusannya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah itu ditangguhkan untuk pindaan.
Ketika menjawab persoalan apakah Pas turut mengadakan pertemuan dengan Zahid mengenai RUU Akta 355, Abdul Hadi berkata, beliau bertemu dengan semua pihak dalam perundingan itu.
“Jumpa dengan semua termasuklah dengan Perdana Menteri, pihak Jabatan Peguam Negara. Semua ada perundingan di semua peringkat antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan Pusat ada perundingan dan perbincangan dibuat. Dalam aspek ini sahaja,” tegasnya.
Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian tersebut bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Sehubungan itu, beliau menegaskan RUU Akta 355 itu hanya untuk penganut Islam dan mengikut Fasa III Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.
“Tiba-tiba orang Islam tak bebas untuk amalkan agama dia. Ini masalah yang masih terbelenggu yang ada di Perlembagaan.
“Yang kita minta pinda dan pindaan itu dibuat dengan persetujuan bersama PAS, Umno dan NGO-NGO Islam. Ini termasuk mekanisma undang-undang Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman.
“Dengan kerjasama ini berjaya dikemukakan. Tetapi, malangnya mendapat tentangan daripada DAP, MCA, Gerakan dan mereka sebenarnya tidak mewakili seluruh masyarakat bukan Islam,” jelasnya.
Beliau turut menasihatkan pemimpin politik bukan Islam di negara ini yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU Akta 355 agar tidak melampaui batas.
Nak perbodohkan sape ni?
Hadi kata tangguh RUU 355 bukti Pas tidak gopoh
26 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Hadi mengaku beliau bertemu PM, TPM untuk berunding

entah la..berbelit belit...dah dapat peluang membuat gol...kenapa bola di tendang keluar?
ReplyDeleteye la tok alim ulama dan ahli politik...ikut tok la..
ingat la dosa pahala kalau brrbohong walaupun sikit...