Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 29, 2016

Hatiku menggelegak baca ni: Update keganasan terhadap Muslim Rohingya

UPDATE KEGANASAN TERHADAP MUSLIM ROHINGYA

1. Kg Kunia Para, Daerah Maungdaw, 40 Pemuda dipanggil oleh penguatkuasa secara baik untuk mesyuarat. Mereka digari, ditutup mata kemudian dibawa ke ibu pejabat NASA-POLIS-LUNTIG. Seorang lagi gadis bawah umur telah dirogol sampai mati manakala ibu kandungnya dibunuh awal sebelum itu.

2. Nalbonia bahagian selatan Maubgdaw, 35 Pemuda dikurung dengan kejam dan ditutup mata dengan kain.

3. Bakguna, bahagian selatan Maungdaw, 16 orang Pemuda Rohingya dibawa oleh Penguatkuasa . Mereka dikatakan telah hilang. Setakat ini keluarga mereka tiada tahu sama ada masih hidup atau mati.

4. Nurullah Para bahagian selatan Maungdaw, 5 orang pemuda ditembak mati manakala 9 orang wanita dirogol secara kejam sampai mati.

5. U-dong bahagian Selatan Maungdaw, 2 orang ditembak mati di dalam masjid JAMEK YANG TERBESAR, antara yang mati ialah Imam Masjid dan Ketua Pendakwah Islam (Ameer). 39 orang pemuda ditahan.

6. Syarkumbok. Bahagia Selatan MAungdaw, 41 Orang Pemuda telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat NASAKA di 10 batu BTD dalam Hutan.

7. Syarfaddin Vill bahagian utara Maungdaw, seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat NASAKA.

8. ASYIKA PARA, 15 orang pemuda ditahan dan dibawa ke batu 10 dalam Hutan.

9. Nanshong Utara Maungdaw, Penguatkuasa membuat kutipan wang sebanyak KYT 100,000 cukai dari rumah ke rumah.

10. 4 Buah Masjid Dimusnah selepas Menyampaikan Memorandum kepada Presiden Myanmar.

11. Qiladong 16 orang pemuda telah ditahan.

12. Quarter 5 di pekan maungdaw, seorang bekas ahli parlimen MP UNION OF BURMA, Faisal Bin Kalu Baiddow, ditahan oleh penguatkuasa, yang kedua, Abu Fayaz seorang jutawan ditahan bersama anaknya Anuar Husin dan dirampas barang kemas seberat 720 gram dan wang bernilai KYT200,000(RM8000), Mohammad Ali Bin Farouk bersama 4 orang pemuda. 30 orang pemuda masih dicari oleh pihak penguatkuasaa untuk ditangkap.

13. Quarter 2, Seorang budak perempuan penjual sayur terus ditembak mati tanpa belas kasihan.

14. Syiqdar Para Daerah Maungdaw : Jumlah kematian adalah seramai 11 orang dan 30 orang cedera.

15. Kainda Para dan Samnia Para Deerah Maungdaw : 13 orang pemuda telah mati dan 17 orang telah hilang. 3 orang lagi cedera parah kerana ditembak oleh askar Myanmar yang zalim.

16. Batu 4 daerah Maungdaw : satu perkampungan Islam dimusnahkan oleh penganut kuffar dikawasan majority Bukan Islam disekitar Quater polis tentera@ lonting.

17. A’ara Prang daerah Rathi Daung : dalam satu kampung, 60 buah perumahan telah dibakar oleh Penduduk majoriti Buddha.

18. Kampung Kudai Kong : 150 perumahan telah dibakar dan semua penduduk Islamnya di sembelih termasuk wanita dan kanak-kanak.

19. Sara Prang di Daerah Rathi Daung : 130 Buah perumahan telah dimusnahkan dan semua penduduknya hilang.

20. Ziddi Prang daerah Rathi Daung : 150 Buah perumahan Islam telah musnah serta semua penduduk kampungya telah dibunuh kejam.

- Setakat ini, jumlah anggaran kematian keseluruhan di Wilayah ARAKAN adalah 15000 orang.
- Anggaran jumlah orang yang hilang adalah anggarannya sebanyak 30, 000. Jumlah orang yang ditahan adalah 5000 orang dan kebanyakan mereka adalah pemuda.

SUMBER: PERSATUAN ULAMA, NAHZDATUL MUFAQQIRIN, (NGO) MAUGDAW TOWNSHIP ARAKAN STATE , BURMA, MYAMAR.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa