Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 16, 2016

Kenapa jawapan Pandikar berbelit belit nih?

Henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni
SITI AZIELAH WAHI - 15 NOVEMBER 2016
Muhyiddin, Shafie, Husni‎ 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menghentikan siasatan ke atas tiga ahli parlimen kerana mempersoalkan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hanipa berkata, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Samporna, Datuk Seri Mohamed Shafie Afdal dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Sri Mohamad Husni Hanazlah hanya menjalankan tugas mereka sebagai ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen selepas menyuarakan perkara itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Hanipa berkata pada sesi tersebut, beliau telah meminta penjelasan daripada Pandikar mempenai Artikel 63(2) dan Artikel 63 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa ahli parlimen tidak boleh disiasat di mahkamah dalam sebarang isu yang dibangkitkan.

“Saya meminta Yang Dipertua memberikan penjelasan tentang perkara tersebut namun beliau menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang tersebut.

“Bagaimanapun beliau mengakui peraturan mesyuarat digubal di bawah artikel berkenaan,” katanya.

Hanipa berkata Pandikar juga memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menulis surat kepada Khalid untuk menghentikan siasatan ke atas ketiga-tiga bekas menteri itu.

“Semua episod siasatan ke atas Muhyiddin, Shafie dan Husni adalah bermula daripada beliau menegur mereka kononnya melanggar rahsia kerajaan.

"Yang Dipertua nampaknya lepas tangan apabila menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa. Kalau beliau (Pandikar) tidak buat sebarang kenyataan, kemungkinan polis tidak akan menyiasat mereka,” katanya.

Hanipa berkata, beliau telah meneliti ucapan Muhyiddin pada perbahasan bajet lalu dan mendapati apa yang dipersoalkan beliau tidak mempunyai unsur hasutan.

"Dalam peraturan mesyuarat, apa-apa yang dibangkitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi tidak boleh didakwa di mahkamah.

"Apabila ahli parlimen bercakap mengenai Akta Rahsia Rasmi di Parlimen, mereka tidak boleh didakwa di mahkamah kecuali di bawah Akta Hasutan,” tegasnya.

Hanipa berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan  bekas-bekas menteri Kabinet itu melanggar kerahsiaan tapi bukannya Akta Rahsia Rasmi.

"Akta Rahsia Rasmi tidak terpakai ke atas ahli parlimen yang bercakap di Parlimen,” katanya.

2 comments:

  1. Hakikatnya, yg dipertua ini tiada kelayakan utk mengetuai dewan. dia tak tau langsung undang2....yg dipertua cap ayam..

    ReplyDelete
  2. Pendikar mestilah pandai bersilat.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa