Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 28, 2016

Strategi 'satu lawan satu': UMNO dah gabra, Hadi tanak tolong ke?

Strategi 'satu lawan satu' pemimpin bahagian khuatir jejas sokongan BN
 | DALIA ISMAIL
Datuk Ismail Kijo Datuk Ismail KijoPemimpin Umno di peringkat bahagian melahirkan kekhuatiran sekiranya strategi parti pembangkang untuk menjadikan pertandingan 'satu lawan satu' berkemungkinan akan mengurangkan sokongan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata,jika perkara ini berlaku Umno-BN akan berhadapaan dengan tentangan yang sangat kuat daripada parti pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Jika berlaku 'satu lawan satu' kita akan ditentang habis- habisan. Sekiranya berlaku tiga penjuru atau lebih ia memberi ruang kepada Umno-BN untuk kembali merampas kerusi yang pernah kita kalah dalam PRU13 lalu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Walaupun beliau mengakui cabaran kuat Umno hari ini adalah tentangan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perpecahan ahlinya, namun ujarnya, ia tidak sesekali boleh menjejaskan parti.
"Najib dihentam kerana beliau seorang perdana menteri dan presiden Umno-BN. Kalaulah Najib itu `Ismail Kijo' tiada siapa yang nak hentam.
"Sedangkan disebalik isu 1MDB sebenarnya ia adalah satu institusi pelaburan yang perlu dibanggakan orang Melayu. Kita sudah ada PNB,Tabung Haji, Khazanah, Petronas misalnya, dengankewujudan 1MDB ini adalah satu lagi platform menjadikan konlomerat Melayu lebih meluas," ujarnya memberikan pandangan berkaitan 1MDB dan skandal kewangan yang dikaitkan dengan Najib.
Justeru ujarnya lagi, sekalipun Umno-Pas akan bekerjasama dalam beberapa perkara untuk kepentingan Melayu dan Islam, beliau masih mengharapkan prioriti seharusnya diberikan kepada Umno berbanding rakan sekutu dari parti pembangkang.
"Sebagai pemimpin diperingkat bahagian kita patuh kepada kehendak pucuk pimpinan parti. Namun dalam masa sama pemimpin dan ahli diperingkat bahagian dan cawangan perlu mempunyai semangat untuk mempertahankan parti dari pelbagai dakyah dan fitnah pakatan pembangkang dan parti yang menyokong mereka," ujarnya yang merujuk kepada parti serpihan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB).
Beliau menafikan dakwaan PPBM  terdapat ramai ahli Umno kini keluar menyertai parti serpihan itu. Bahkan ujarnya lagi, ia hanya `wayang' yang dimainkan dikalangan pemimpin yang kecewa dalam perjuangan mereka yang gagal dalam Umno.
"Ahli Umno tidak berkurangan dengan wujudnya PPBM... itu wayang mereka. Masih ramai Melayu yang setia pada Umno kerana mereka tahu perjuangan Umno sejak memerintah negara ini.
"Walaupun ramai melihat perjuangan PPBM suci dan bersih kerana kini berbaik-baik dengan DAP tetapi orang Melayu majoriti elergi dengan DAP lebih-lebih lagi bekas ahli dan pemimpin Umno yang kini menyertai PPBM," sindirnya.
Datuk Ismail Kijo sebelum ini pernah menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal. Namun, beliau kalah pada PRU ke-12 di tangan calon Pas di Dun sama.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding dalam PRU-14 akan datang,beliau berkata, sedia galas tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun katanya, pemilihan calon-calon kali ini begitu teliti dilakukan Umno-BN yang kini dikawal tiga agensi tambahan berbanding lima agensi sedia ada sebelum ini untuk memantau kelayakaan calon yang akan terpilih.
"Kita semua bercita-cita nak jadi wakil rakyat. Tetapi dalam Umno-BN ada prosedur untuk seseorang itu jadi calon.
"Dulu Umno-BN perlu dapatkan maklumat daripada SB (Special Branch), Jasa, Kemas,MIO dan Majlis Keselamatan Negara.
"Contoh yang terkini dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah ada tambahan tiga agensi lagi yang tak ada  sesiapa pun tahu agensi mana yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menilai calon.
"Jadi saya serah pada pucuk pimpinan asalkan mereka itu dari Umno.... kita akan sokong,"ujarnya.

2 comments:

  1. Beginilah bengapnya ahli2 umno ni. Kita tentang najib bukan krn dia najib tapi krn dia songlap wang drpd 1MDB. Duit 1MDB tu duit rakyat. Perkara semudah ini pun ahli umno susah nak faham. Rajin2 la sikit membaca laporan2 drp luar negeri, jgn asyik baca utusan dan tgk berita tv3/4 saja

    ReplyDelete
  2. Kalau najib ismail kijo dh tentu jadi kambing itam mcm khir Toyo..Sha la lalala...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa