Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 17, 2016

Ooo......kerana sebab ini PAS merasa konon dirinya kuat!

Jangan teruja Tun M berharap pada Pas tumbangkan Umno
17 November 2016 | DALIA ISMAIL
Datuk Kamarudin Md Nor

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor menolak persepsi kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad 'mengakui dalam diam' Pas jauh lebih kuat daripada PKR,DAP dan Amanah dalam usaha menjatuhkan Umno.

 Beliau menjelaskan PPBM lebih tertumpu kepada kerjasama antara parti yang majoriti ahlinya Melayu berbanding DAP.

Sudah tentu ujarnya lagi, tumpuan lebih kepada Pas,PKR dan Amanah tidak hanya Pas semata-mata untuk mencapai matlamat menjatuhkan Najib dan Umno-BN.

"Dr Azman janganlah terlalu teruja untuk mengatakan Dr Mahathir sangat berharap pada Pas.

"Hasrat kita agar semua parti Melayu ini bersatu dalam pakatan pembangkang untuk kalahkan Umno khususnya.

"Dikalangan parti pembangkang seperti DAP boleh bertanding bersendirian di kawasan majoriti Cina atau campuran, manakala parti Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu antara sebab perlunya ide 'satu lawan satu' itu amat penting bukan tiga atau empat penjuru, jika kita sama-sama mahu menang dan mengalahkan Umno-BN.

"Adakah pimpinan Pas nak ulangi lagi kesilapan pernah dilakukan ketika PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?" katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas calon Pas Jabi,Terengganu Dr Azman Ibrahim  yang juga aktivis Pas pada Isnin dalam catatan di facebooknya yang memetik ucapan Dr Mahathir pada Konvensyen Pakatan Harapan ada menyebut:"Tak bersama Pakatan Harapan bermakna Pas sedia makan dedak Najib!" yang dianggap beliau sebagai 'reverse saikologi' Dr Mahathir untuk mengakui parti lain dalam Pakatan harapan tidak sekuat Pas.

Dengan kata lain, tanpa Pas dalam Pakatan Harapan, impian Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib hanya akan tinggal mimpi.

PPBM kerap adakan pertemuan

Walaupun Kamarudin mengakui pimpinannya kerap bertemu dengan pemimpin Pas namun tidak bermakna Pas jauh lebih kuat daripada PKR, DAP dan Amanah.

"Bertemu pemimpin Pas secara santai memang banyak bahkan bertemu dengan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan juga selalu.

"Sebagai sebuah parti baharu dan mempunyai matlamat sama dengan pakatan pembangkang lainnya, ia (pertemuan) sekadar menjalin hubungan tetapi belum lagi bincang mengenai pembahagian kerusi," katanya.

Kamarudin turut menjelaskan ketika ditanya sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden membuat penangguhan menandatangani perjanjian bersama Pakatan Harapan sebelum berlansung Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.

"Kita amalkan prinsip musyawarah.

"Berkaitan penangguhan itu kerana Presiden belum memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi butiran bersama yang terkandung dalam perjanjian itu.

"Apa yang menjadi halangan, sebenarnya kita cuba membuka jalan rundingan yang lebih serius untuk Pas dan Pakatan Harapan sebelum sesuatu perjanjian itu dimeterai," ujarnya.

Tanpa mahu mengulas lanjut hal itu, Kamarudin menegaskan PPBM masih meneruskan rundingan dengan Pakatan Harapan dan Pas dalam usaha parti itu untuk menarik Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan PPBM bagi memastikan Umno-BN dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.ke-14 nanti.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa