Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 19, 2016

Bersih 5: SUHAKAM sedia terima aduan jika hak berhimpun dicabuli

Posted on Friday, November 18 @ 23:32:49 MYT by paktam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sedia menerima aduan daripada orang awam yang merasakan hak mereka untuk berhimpun sempena Bersih 5 esok dicabuli.

Menerusi satu kenyataan oleh pengerusinya Tan Sri Razali Ismail, beliau menegaskan bahawa berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam, pelajar universiti, ahli akademik dan guru mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

“Adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan sekiranya hak kepada kebebasan berhimpun secara aman disekat melalui penguatkuasaan pemakaian pekeliling atau arahan Kerajaan, Universiti dan/atau Jabatan,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa pihak polis dan berkuasa perlu memastikan bahawa tindakan peserta demonstrasi balas tidak bertukar menjadi intimidasi dan rusuhan.

“Pihak polis wajib memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyuarakan dengan jelas pendirian dan pendapat mereka secara bertanggungjawab.

“SUHAKAM menyokong usaha polis terutamanya untuk menunjukkan penguatkuasaan undang-undang yang adil dan berdisiplin. Ini adalah ciri kematangan politik.
Dalam melaksanakan mandatnya, SUHAKAM akan memantau perhimpunan yang telah dirancang ini,” katanya.  - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa