Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 19, 2016

Jamal, adakah kamu ingat kamu akan terlepas?

Selepas menghilangkan diri, Jamal sambut baik tindakan ke atas Bersih

  | November 18, 2016
Sememangnya Bersih mempunyai agenda menghasut rakyat turun ke jalan raya bagi menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak
PETALING JAYA : Selepas menghilangkan diri, ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos menyambut baik penangkapan pihak polis ke atas Pengerusi Bersih 2 Maria Chin Abdullah dan urusetianya Mandep Singh demi memelihara keamanan negara.
Jamal yang tidak hadir pada sidang media Baju Merah petang tadi dalam satu kenyataan mendakwa Bersih mempunyai agenda menghasut rakyat turun ke jalan raya bagi menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih menerusi pilihan raya.
Tambahnya, Bersih sebenarnya tidak ada hak untuk mencanang mereka mewakili rakyat kerana ia tidak berdaftar secara sah.
“Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor Bersih. Ini kerana Bersih telah didalangi DAP yang berfahaman rasis dan anti Melayu-Islam malah bercita-cita untuk meruntuhkan kekuatan perpaduan di negara ini.
“Malah Bersih telah dibiayai oleh dana asing termasuk daripada sebuah badan milik penyangak matawang, George Soros. Bersih juga dilihat berat sebelah dalam membangkitkan isu rasuah dengan membuat pertuduhan fitnah melampau terhadap Datuk Seri Najib Razak sehingga membangkitkan kebencian,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Petang tadi, penyokong gerakan Baju Merah mula berhimpun di hadapan pintu utama Masjid Negara, salah satu lokasi berkumpul himpunan balas terhadap Bersih 5, esok.
Bagaimanapun ketua mereka, Jamal yang dijadualkan hadir dan mengadakan sidang media tidak tunjuk muka dan gagal dihubungi.
Mengulas lanjut, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, sekiranya benar Bersih merupakan pertubuhan bebas, mereka perlu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dituduh rasuah supaya meletak jawatan.
“Saya menyeru kesemua rakyat Malaysia menolak Bersih 5 yang secara jelas tidak releven sekaligus cuba mengganggu gugat keamanan sekitar ibu negara esok.
“Gerakan Baju Merah akan memastikan Bersih 5 gagal dalam meneruskan demonstrasi yang mencemar undang-undang dan sistem raja berpelembagaan di negara ini,” katanya.


Kira-kira 50 penyokong Baju Merah yang berkumpul seawal 3 petang tadi terpaksa bersurai, ekoran hujan lebat.

* Jamal, kamu memang pengecut, bila pihak Polis lakukan oprasi penangkapan semua yang terlibat dengan bersih dan yang polis sifatkan pengacau keamanan kamu terus cabut dan hilangkan diri sedang pengikut tertunggu-tunggu di tempat yang dijanjikan. Layakkah kamu menjadi pemimpin mereka dan bercakap pula memuji/membodek pihak polis.

Tahukah kamu pihak polis tidak makan dibodek atau diampu sekiranya tiba arahan untuk bertindak?

1 comment:

  1. sememang himpunan bersih adalah memberihu seluruh rakyat malaysia bertapa sombong dan zalim nya pimpinan negara terhadap rakyatnya sendiri
    hanya yg bodoh sombong aje yg masih menjilat para pemimpin.
    senemang ingin menukar pemerintahan melalui pru. hanya orang bodoh je kata tukar kerajaan melalui tunjuk perasaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa