BILA LAGI
14 Nov 2016 |
1. Wahai pemimpin UMNO yang masih menjunjung kepimpinan Najib. Bila lagi akan kamu berhenti dari menyokong kleptokrat yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kamu tahu ia telah memberi nama buruk kepada parti yang telah menyelamat negara ini dari dijadikan tanah milik British sebagai Malayan Union, parti yang memerdekakan Malaysia, parti yang membangunkan negara ini sehingga harum namanya di seluruh dunia.
2. Hari ini kerana kepimpinan kleptokratik oleh Najib, Malaysia terkenal sebagai negara yang disenarai sebagai satu dari 10 negara yang terkorap sekali di dunia.
3. Dunia pandang hina kepada negara ini kerana Najib didakwa melesapkan berbillion Ringgit duit negara, memasukkan Dua Ribu Enam Ratus million Ringgit ke dalam akaun peribadinya. Ia tidak dapat menjelas punca wang ini dan tidak dapat menafi dakwaan Department of Justice, Amerika Syarikat bahawa duit ini adalah duit 1MDB.
4. Najib tidak membuat saman malu terhadap tuduhan oleh Sarawak Report, Wall Street Journal dan Department of Justice, Amerika Syarikat. Ini bermakna dakwaan mereka bahawa Najib (Malaysian Official 1) curi duit 1MDB tetap benar.
5. Laporan yang dibuat oleh Bank Negara, Badan Pencegah Rasuah dan Pemeriksa Kira-Kira Wang Negara berkenaan tuduhan-tuduhan Najib melesapkan duit 1MDB tidak berani didedah kepada rakyat tetapi sebaliknya diletak dibawah Akta Rahsia Kerajaan. Perbuatan ini jelas menunjuk yang laporan-laporan ini mengandungi catatan berkenaan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Najib. Kamu pemimpin UMNO semua tahu dan kamu semua sedar yang tuduhan dan dakwaan terhadap salahlaku Najib berasas dan benar.
6. Kamu semua tahu sebabnya Malaysia sekarang dikenali sebagai negara pengamal sistem kleptokratik, satu negara yang dipimpin oleh pencuri, penyangak dan perompak.
7. Kamu pemimpin UMNO sebagai menteri tetap tahu akan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin kamu Najib Tun Razak, Perdana Menteri.
8. Husni Hanadzlah sudah letak jawatan. Bila lagi kamu akan meletak jawatan menteri untuk menyelamat UMNO dari menjadi alat mempertahankan Najib!! Bila lagi kamu akan menghenti pengkhianatan terhadap UMNO, orang Melayu dan negara Malaysia dengan terus menyokong Najib sebagai Perdana Menteri. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa