Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 27, 2016

Negara haram Zionis diserang tentera Allah - gambar dan video

Sebuah helikopter penyelamat membantu memadamkan kebakaran di Utara Israel yang menyebabkan beratus-ratus penduduk hilang tempat tinggal akibat kejadian itu.. FOTO: AFP
Ahli bomba membantu memadamkan kebakaran di Utara Israel yang menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal. Rejim Zionis menuduh kebakaran itu berpunca daripada rakyat Palestin namun mereka tidak cukup bukti atas tuduhan itu. FOTO: AFP
Kebakaran hutan di Utara Israel meresahkan penduduk negara itu apabila api tidak dapat dikawal sehingga negara berkenaan terpaksa meminta bantuan antarabangsa. Namun seorang Imam Kanada beranggapan kebakaran itu adalah balasan Allah atas kezaliman mereka. FOTO: AFP
Gambar yang dirakamkan pada 24 November 2016 ini menyaksikan api merebak di Utara Israel iaitu bandar Haifa yang menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal dan terpaksa melarikan diri. Israel akhirnya terpaksa 'menebalkan' muka meminta bantuan pihak luar menangani masalah berkenaan. FOTO: AFP.
Gambar menunjukkan penduduk Israel melalui kawasan kebakaran di Hiafa, Utara negara itu selepas berlakunya kebakaran yang sukar dikawal sehingga menyebabkan negara itu terpaksa meminta bantuan antarabangsa. FOTO: AFP.
Letupan dari punca yang misteri

1 comment:

  1. Video letupan tu bukan di Israel. Yang sebetulnya dirakam berlaku di China. Video lama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa