* Kalau benar, ini adalah kerja gila dan khianati pengundi dilakukan oleh manusia berserban di kepala dan majoriti rakyat tidak akan rela dan reda
[11/28, 11:20]: Ulama Guna RUU 355 Untuk Tenggelamkan Isu 1MDB
Akhirnya isu Nasional 1MDB berjaya ditutup kemas dibawah bentangan karpet hijau Parti Islam Se-Malaysia (PIS). Tiada lagi majlis-majlis penerangan isu 1MDB. Kalau adapun, ianya seolah tak memberi kesan pada masyarakat. Tiada laporan media seperti sebelum ini.
Parti-parti politik baru dan lama lebih berminat menjawab isu remeh RUU 355 yang entah bila mahu dilaksanakan tiada siapa tahu berbanding dengan memberi penerangan atas isu 1MDB yang kesannya menekan kehidupan Rakyat Negara Malaysia hari demi hari.
Dengan hanya 1 isu (RUU 355), isu-isu utama seperti 1MDB, Kerugian FELDA dan Tabung Haji, Penurunan Keuntungan PETRONAS, Royalti Terengganu dan Kelantan, Pembalakan melampau di Gua Musang, Kelantan yang menjejaskan kehidupan Masyarakat Orang Asli, Rasuah dalam Agensi-agensi Kerajaan dan lain-lain lenyap dibawah bentangan karpet hijau Parti Islam Se-Malaysia (PIS) yang sebelum ini menjadi Harapan bagi membela Majoriti Rakyat Negara Malaysia.
Aku yakin dan percaya, majoriti Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam seperti juga aku, kami tidak menolak Pemerkasaan Undang-undang Syariah apalagi pelaksanaan Hukum Allah - Hudud dan Qisas. Kebanyakan sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam juga tidak menentang Pelaksanaan Undang-undang yang berkaitan dengan Masyarakat beragama Islam malah bagi mereka, ianya adalah 1 kebaikan dan keperluan bagi membina sebuah Negara bermasyarakat yang lebih baik dan berdisiplin.
Apa yang menjadi masalah dan pertikaian ialah: cara pelaksanaan undang-undang tersebut.
Secara dasarnya, kami sangat-sangat bersedia untuk menyokong dan mematuhi apa sahaja undang-undang yang membawa kepada kebaikan. Tiada siapa dapat menyangkal bahawa undang-undang Allah adalah 1 undang-undang yang terbaik jika dilaksanakan dimana sahaja ceruk diatas dunia ini baik bagi yang beragama Islam atau yang bukan beragama Islam.
Sebelum dilaksanakan, perlu dilihat pada beberapa aspek. Antaranya ialah Struktur Pemerintahan Negara. Ini adalah pokok pangkal keberjayaan sesuatu undang-undang.
Pada masa ini, Negara dipimpin oleh individu-individu yang terpalit dengan berbagai skandal. Perdana Menteri membusuk dengan isu Penyelewengan Dana 1MDB. Timbalan Perdana Menteri pernah terpalit dengan skandal keganasan hatta Menteri Agama yang kita ada hari ini pun bergelumang dengan skandal Salah Guna Wang Zakat.
Semua skandal-skandal penyelewengan tersebut telah didedahkan dengan pelbagai bukti-bukti lengkap. Pelbagai laporan Polis dan SPRM telah dibuat tetapi sehingga kini, individu-individu tersebut masih lagi bebas dan memegang Jawatan penting didalam Kerajaan Negara Malaysia.
Sekiranya benar pemerkasaan undang-undang Syariah dilaksanakan dalam sehari dua ini, adakah ianya dapat menyelesaikan semua masalah-masalah penyelewengan yang dilakukan individu-individu berjawatan penting dalam Kerajaan Negara Malaysia..?
Pindaan undang-undang Syariah (RUU 355) yang diperjuangkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PIS) pada hari ini tidak langsung menyelesaikan masalah-masalah yang sedang didepani oleh Majoriti Rakyat Negara Malaysia tetapi kenapa ianya diletakkan ditempat terkedepan sekali..?
Adakah perjuangan membanteras Rasuah, Salah Guna Kuasa, Penyelewengan Wang Rakyat TIDAK AKAN MENDAPAT REDHA dari Allah swt..?
Adakah Jihad menentang Perasuah, Pemimpin yang menyalahguna kuasa TIDAK DIREDHAI Allah swt..?
Adakah perjuangan menaiktaraf kehidupan Rakyat pelbagai Bangsa dan Agama dari kesempitan hidup TIDAK DIREDHAI Allah swt..?
Apa rasionalnya mengenepikan kebanyakan perjuangan yang membawa keuntungan kepada Rakyat dan menumpukan perhatian hanya pada 1 perjuangan (RUU 355) yang kita sedia tau amat sukar dilaksanakan dalam keadaan Negara dipimpin para Koruptor...
Parti Islam Se-Malaysia (PIS) wajar meneliti semula apa yang mahu didahulukan dalam Perjuangan Parti bagi membela Rakyat Negara Malaysia.
Sebelum ini, ketika aku bersama dalam Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PIS), kita telah sebulat suara bersetuju untuk menukar pemerintahan Negara dari Pemerintahan Barisan Nasional yang korup kepada Pemerintahan Pakatan Rakyat (PIS, PKR dan DAP) dan dalam masa yang sama, perjuangan Menegakkan Hukum Allah (Hudud dan Qisas) tetap diteruskan.
Apa yang berbeza ialah perjuangan Menegakkan Hukum Allah dizaman ATGNA diletak dan ditetapkan sebagai Perjuangan Parti, bukannya perjuangan Gabungan Parti (PIS, PKR dan DAP).
Utamanya ialah menukar pemerintahan Negara kepada Pemerintahan yang lebih baik kemudian Pelaksanaan Undang-undang Allah dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat menjadi peneraju Negara.
Itu yang disarankan oleh ATGNA dan dipersetujui oleh Pimpinan Pelbagai Parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Pada masa itu, para Penggerak dalam DAP sendiri pun ikut sama bercakap mengenai Hukum Hudud dan Qisas kepada penyokong-penyokong mereka dalam memberi kefahaman.
Kesan dari itu, bukan sedikit Masyarakat bukan Islam yang dalam diam, bersetuju dengan pelaksanaan Hukum Hudud dan Qisas selepas ini.
Kesilapan terbesar Kepimpinan Baru Parti Islam Se-Malaysia (PIS) ialah kegopohan mereka dalam mendahulukan isu. Agak mengejutkan apabila Pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PIS) dari pelbagai peringkat mengeluarkan kenyataan membela Perdana Menteri dalam isu 1MDB.
Mungkin keselesaan hidup yang mereka nikmati hari ini (hasil pengorbanan para walaun - sedekah Fisabilillah) menjarakkan mereka dari merasai keperitan hidup Rakyat. Ya lah... Nak bergerak kemana-mana dah biasa dengan kereta mewah, bahan bakar untuk kereta mewah dibeli dengan hasil Fisabilillah orang bawahan yang menunggang Honda C70 dan EX5 kebanyakannya. Makan dan minuman selalunya bertalam-talam, sebut saja lapar, dah ada yang sediakan makanan lebih dari cukup.
Tiada erti "kesempitan Hidup" dalam kamus mereka. Semuanya sempurna dan "Well Manage". Dengan itu, Perjuangan membawa Rakyat Negara Malaysia keluar dari kesempitan hidup, tidak lagi menjadi keutamaan buat mereka.
Skandal 1MDB, Kerugian FELDA, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain akan terus tertutup kemas dibawah karpet hijau Parti Islam Se-Malaysia dibawah Pemerintahan Presidennya yang juga Bekas Menteri Besar Terengganu: Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang juga pernah meluluskan RUU Babi dalam DUN Terengganu dizaman pemerintahannya dulu....
Baca dan faham abam zsek baby...
Kenyataan YB Fauziah Salleh, MP Kuantan
[11/28, 11:31]: RUU 355 - Selepas YB Marang membacakan usul, Saya diantara Ahli Parlimen yg bangkit untuk meminta Menteri yg berkenaan untuk menyambut usul ini. Juga menggesa Menteri untuk mengumumkan bilakah JK khas akan di bentuk supaya kita semua boleh meneliti dgn baik dan membawa cadangan2 penambah baikan. Diantara penambah baikan ialah pembentukan Select Comm dan libatkan MP bukan Islam kerana mereka juga ada pengundi Islam dan berhak ambil tau.
Saya juga konsisten didalam komitmen saya untuk memperkasakan mahkamah syariah. Pada saya kita harus lihat kesemua undang2 yg melibatkan Mahkamah Syariah dan bukan setakat Akta 355. Juga tidak harus tumpu setakat menambah hukuman jenayah. Memperkasa Mahkamah Syariah harus holistik.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 49. Marang boleh membentangkan RUU untuk bacaan kali pertama tadi. Kemudian usul itu akan di bahas. Selepas di bahas akan berlaku pengundian. Sekiranya majority MP menyokong maka usul itu akan di cap oleh SU Dewan Rakyat dan di serahkan kpd Menteri yg bertanggungjawab.
Menteri pula bertanggungjawab untuk bentang pada sesi sidang akan dtg. Maka ketika itu kita boleh ketahui samada Umno sungguh2 atau tidak !!
Akan tetapi YB Marang buat keputusan untuk baca sahaja usul tersebut dan tidak membentang usul sebagai bacaan buat kali pertama tadi. 2 kali peluang ini tidak berhasil. Apa yg sedang berlaku ni?
YB Fauziah Salleh
MP Kuantan,
- zaimaz6671 zp

Mamat ni pun dah pasang angan nak jadi menteri kot?
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa