Thursday, November 24, 2016
RUU 355 : hanya propaganda politik
Catatan Umum
24 November 2016
RUU 355 : basah kuyup semua 'dikencing' Hadi
1. Beberapa hari ini media perdana khususnya sibuk mengulas mengenai Rang Undang Undang 355 (RUU 355) yang akan diberi laluan oleh 'regim pusat' untuk dibentangkan oleh Haji Hadi Awang di parlimen Malaysia selepas gagal dibentangkan kali pertama dalam persidangan lepas.
2. Pertama sekali pembentangan itu bukan RUU pun ia cuma usul pembangkang, untuk meminda undang- undang ia perlu dibentangkan oleh pihak Kerajaan sahaja. Yang dibentangkan oleh hadi cuma usul dan cadangan. Kedua amat pelik kerana Ahli Parlimen Marang yang bawa usul tetapi Timbalan Perdana Menteri yang panggil buat taklimat.
3. Masa yang dinanti rupanya anti klimaks semata - mata, pagi ini. AP Marang hanya bangun baca usul dan minta huraian balik hanya akan dibuat dalam persidangan akan datang.
4. Kepada semua khususnya ahli parlimen dan ahli politik kena sedar bahawa RUU 355 ini bukanlah usaha serius untuk memperkasa undang- undang berkaitan agama Islam pun, ia hanya alat propaganda politik untuk mengalih isu dan mengikat penguat propaganda Melayu Islam dalam negara ini. Ia propaganda Pas - Umno semata - mata. Kepada penyokong ataupun penentang RUU 355 yang bukan dari 'big game plan' harus sedar kamu hanya sedang dimainkan sentimen yang akan berlarutan sehingga PRU akan datang bagi menjayakan agenda politik tertentu semata - mata.
5. Menanti langkah bijak mana - mana pihak membawa semula penentang dan penyokong RUU 355 ini berkongsi pentas mengulas isu ini secara akedemik untuk dibentangkan kepada massa rakyat bukan sekadar sentimen semata - mata.
6. Kesian kita semua kuyup 'dikencing Hadi yang bermain sandiwara isu RUU 355 ini. Penyokong Marang yang datang berhimpun diparlimen hari ini mengharapkan Hadi bentang apa yang mereka gelar RUU 355 akan dibuai hujah propaganda baru lagi. Sudahlah mari kita fokus dengan isu 'kehidupan' rakyat yang lebih menekan. Islam itu sendiri akan lebih dihormati dan agung dengan sendirinyajika kita mampu menunjukkan Islam itu adalah rahmat buat semua bukan sekadar agama yang penuh dengan hukuman semata - mata.
catatan oleh ; che'GuBard, SAMM
by cheguBard at 12:45:00 PM

Klu kerajaan benar2 ikhlas nak memperkasakan mahkamah syariah kerajaan boleh saja membawa usul dan terus mendapat kelulusan. Tanpa sandiwara, tamat cerita. Tetapi bila usul dibawa oleh hj hadi, pihak tertentu nampak ini adalah taktik pas utk steamroll hukum hudud. Maka timbullah kontroversi spt yg berlaku skrg. Knp perlu libatkan hj hadi sedangkan dia bukan sebahgian drpd kerajaan. Banyak sgt udang disebalik batu
ReplyDelete