Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 24, 2016

Kalau macam ni jawapan Tajuddin, kenapa tidak dipunggah semua samseng kat Pasir Salak tu serang Parlimen dan lanyak Khalid?

Jamal yang semai benih dan  siapa pula bapa kepada kepala samseng ni? Sehingga di kawasan Parlimen pun diganasinya

Di negara lain yang setakat aku tahu MP jer bertumbuk di Parlimen tapi tak ada pula khabar anak MP serang parlimen. Kalau diikutkan jawapan bapak dia ni maknanya bapanya tak ada masalah dengan tingkah laku ganas itu.

Kalau bapanya ada air muka, dah tentu dia letak jawatan dan pi main jauh-jauh!

Nak dengar juga apa kata IGP dan Zahid Hamidi......

Tajuddin akui anaknya terlibat 'serang' Khalid
Kow Gah Chie    Hari ini, 3:50 petang
Anggota Parlimen Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan anaknya adalah antara mereka yang 'menyerang' Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di hadapan lobi Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, beliau yang kini memegang portfolio timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan telah menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

"Mereka tidak lindungi saya. Mereka melindungi rakyat Pasir Salak. Saya wakil rakyat mereka. Apa yang salah dengan mereka (berbuat demikian)?" katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai perkara 'kehormatan dan maruah; selepas Khalid memanggilnya 'sial' sambil menambah pelakuan menghina beliau dalam Dewan Raykat menyamai menghina kawasannya.

Khalid menggunakan perkataan itu semasa perdebatan dalam Dewan Rakyat yang dicetuskan oleh kenyataan Tajuddin tentang nama Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.
Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan beliau hanya merujuk kepada nama keluarga ahli parlimen Seputeh itu dengan menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ditanya tentang penaja kumpulan itu untuk memasuki kawasan Parlimen, Tajuddin berkata: "Bagaimana saya tahu. Anda fikir mereka bodoh? Mereka tahu bagaimana untuk melakukannya?".

1 comment:

  1. Jawab nur jazlan. Siapa yg bawa 'pengganas2' tu masuk. Mr Speaker sila ambil tindakan. Jgn dok berdalih lagi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa