Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 24, 2016

Halau Myanmar Kapir: Cadangan ni aku benar-benar setuju!

Aktivis Umno cadang halau warga Myanmar bukan Islam
23 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Umat Islam Rohingya kini menjadi mangsa kekejaman. Selain menjadi pelarian, ramai antara mereka kini menjadi mangsa termasuk dibakar hidup-hidup.

Kerajaan Malaysia sepatut mengambil tindakan diplomatik terhadap Mynmar atas pembunuhan orang-orang Islam secara terbuka di negara berkenaan.

Seorang aktivis yang juga bekas pemimpin Umno bahagian, Zaharin Mohd Yassin berkata, langkah pertama ialah menghalau keluar semua warganegara Myanmar di Malaysia yang bukan Islam.

"Hanya orang-orang Islam Myanmar khasnya orang Rohingya sahaja dibenarkan kerja," cadang Zahrin menerusi facebooknya.

Seterusnya, Zaharin mencadangkan agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang selalu bercakap soal Islam mengadakan kursus yang sesuai kepada orang Rohingya ini saperti kerja-kerja sajian makanan, supaya mereka boleh diambil bekerja.

"Pihak KDN kena berhentikan kemasukan pekerja India bukan Islam di kedai makan orang Islam termasuk kedai mamak," cadang beliau.

Zaharin mengulas tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya yang berlaku di Myanmar sekarang.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan cadangan memboikot Piala Suzuki anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah dibawa dalam mesyuarat kabinet.

“Saya telah timbulkan isu ini dalam Kabinet minggu lalu. Saya akan timbulkan lagi minggu ini,” kongsi Khairy dalam akaun Twitternya, merujuk kepada gesaan banyak pihak agar Harimau Malaysia meninggalkan kejohanan tersebut berikutan layanan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa