Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 30, 2016

Inilah tindakan terpuji dengan restu sebuah kerajaan yang mengaku Islam

Belum habis Orang Asli nyanyi lagu Negaraku, Perhutanan Kelantan mara roboh sekatan
30 November 2016 | ARIF ATAN
Beberapa wanita Orang Asli melihat barangan yang mungkin boleh diselamatkan selepas bangsal di sekatan yang dibina dirobohkan Jabatan Perhutanan semalam

Dilihat banyak pihak sebagai tidak berperikemanusiaan, kerajaan negeri Kelantan tetap berdegil meredah sekatan jalan (blockade) Orang Asli di Gua Musang semalam walaupun mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Satu rakaman video yang mulai tersebar pagi ini memaparkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menggunakan pembesar bersuara meminta Orang Asli yang berkumpul di sekatan Simpang Petei itu supaya berundur dan mengosongkan lokasi tersebut.

Turut dimaklumkan dalam video yang menyaksikan kedatangan ramai anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah untuk merobohkan binaan di sekatan itu dengan alasan menyalahi Enakmen Perhutanan Negara.

“Tuan-tuan diminta berundur dan mengosongkan kawasan ini,” dipetik daripada rakaman video berdurasi dua minit itu sebelum lebih 200 anggota pihak berkuasa terbabit mara sebaik palang buluh yang merentangi laluan balak itu diangkat.

Sumber aktivis di tempat kejadian memberitahu Malaysia Dateline, operasi berkenaan telah memusnahkan tidak kurang 20 bangsal dan binaan Orang Asli yang berfungsi sebagai tempat mereka berkumpul bagi menghalang lori balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Stong Selatan dengan menggunakan gergaji berantai.

Sementara itu, seramai 47 Orang Asli ditahan dalam operasi merobohkan 35 bangsal semalam.

Turut dirampas dua bilah parang dan sumpit selain menyita beberapa unit motosikal milik Orang Asli.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Mohd Radhi Chu Abdullah dilaporkan berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
Ratusan Orang Asli berkampung di sekatan jalan Hutan Simpan Balah sejak dua bulan lalu tetapi digempur pihak kerajaan negeri semalam

Konflik Orang Asli dengan kerajaan negeri yang dilihat berpihak pada kepentingan syarikat pembalak berlaku apabila masyarakat tempatan mendapati aktiviti pembalakan di kawasan didiami mereka semakin mengancam sumber air dan makanan.

Malangnya, saranan Orang Asli terbabit supaya kerajaan negeri menghentikan aktiviti pembalakan terbabit tidak dilayan bahkan pada 28 September lalu, terdapat Orang Asli nyaris terputus kaki dalam usaha menghalang pihak syarikat pembalak daripada memasuki wilayah tanah adat mereka.

Turut mengejutkan pada hari kejadian apabila dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada kira-kira 30 individu terbabit dipercayai bagi menakutkan dan menggertak Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei, Pos Tohoi itu.

Masyarakat Orang Asli mengambil keputusan membina sekatan terbabit selepas notis tuntutan kepada syarikat pembalak serta aduan kepada Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak berhasil.

Rayuan sama turut diajukan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Pejabat Perdana Menteri serta memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tetapi masih gagal menghalang aktiviti pembalakan di tanah adat yang didiami keturunan mereka sejak bergenerasi lalu.

Untuk rekod, sebanyak 100,000 hektar hutan di Gua Musang iaitu dua kali ganda keluasan negeri Perlis musnah akibat aktiviti pembalakan sejak 20 tahun lalu.
Perhutanan Kelantan menuduh Orang Asli menceroboh walaupun mereka sudah bergenerasi mendiami kawasan hutan di hulu negeri itu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa