Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 18, 2016

Ulamak ni merapu atau tak tahu fakta, jadi korang tak payahlah gelak. Itulah standard dia!

Thursday, November 17, 2016
Undi PAS Mengatasi DAP dan PKR?? Betulke?
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kemenangan PKR dan DAP pada pilihan raya yang lalu jelas banyak dibantu oleh PAS.

Katanya, undi PAS melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang lain ketika mereka bersama Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lepas.

“Semua orang tahu kekuatan PAS, dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini lagi. Ini satu bukti yang jelas,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, usaha pembangkang mendekati PAS adalah bagi meredakan percakaran yang berlaku berhubung pembahagian kerusi.

“Misalnya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka nak kerjasama dengan PAS sebab nak bertanding di kerusi yang PAS bertanding,” katanya.

Zaid dalam wawancara bersama FMT meluahkan rasa hairannya melihat segelintir pemimpin pembangkang yang menurutnya masih menagih kerjasama daripada PAS, dan berkata ia timbul daripada persepsi parti itu mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu.

Menurut Zaid, pengaruh PAS kini tidak sehebat ketika zaman bekas mursyidul am dan presiden, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.

Zaid berkata jika PAS tidak bekerjasama dengan pembangkang lain, parti Islam itu bakal hilang semua kerusi di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata bukan PAS yang akan kehilangan kerusi, tetapi DAP dan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi pada PRU akan datang.

“Ini kerana kemenangan mereka disokong oleh PAS. Undi PAS mewakili separuh undi Melayu. Undi Melayu dalam PAS dan Umno sahaja. Itu telah dibuktikan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Tidak ada orang boleh cakap atas angin, kena rujuk PRK dulu. Nak gunakan Amanah, ada pengaruh ke? Biar mereka di awang-awangan, biar Zaid di awang-awangan,” katanya merujuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun lalu.

Itu apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

Betulke apa yang Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS tu kata? setahu akulah biasanya data-data dari PRK tak banyak pihak yang ambil sebagai panduan analisa pilihanraya..

Dalam PRU13 yang lalu, parti utama yang bertanding ialah BN,DAP, PKR dan PAS.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002, tapi  yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.

Berdasarkan kiraan Sinar Harian, jumlah keseluruhan undi yang diterima bagi kerusi Parlimen, BN mendapat undi sebanyak 5,307,538, manakala PR 5,636,605 dan bagi kerusi Dun pula BN memperoleh undi sebanyak 4,731,794 dan PR 4,978,019.

Jumlah ini dikira berdasarkan undi menang dan undi kalah yang diperolehi bagi setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Manakala Lidah Rasmi UMNO pula mengeluarkan angka pecahan mengikut parti yang bertanding, seperti berikut..
1. BN (UMNO+MCA+MIC+GERAKAN dan lain-lain lagi memperolehi undi sebanyak 46.53% atau 5,237,699.

2. PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;

3. DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;

4. Pas tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;

5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;

6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560

Jumlah undi yang PAS perolehi adalah dibelakang DAP, jadi bagaimana Khairuddin boleh berkata undi PAS mengatasi PKR dan DAP? - sumber

3 comments:

  1. Tengok lah yb takiri ni berbahas di parlimen...koman betul..tak undi dah pas..bye..bye pas

    ReplyDelete
  2. Tengok lah tahap yb takiri ni berbahas di parlimen...koman betul..tak undi dah pas..bye..bye pas

    ReplyDelete
  3. Ulamak baghal...tolol dan bahlol macam presiden nya jugak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa